Perbicaraan kes berprofil tinggi di antara bekas bintang bola sepak Manchester United (MU), Ryan Giggs dan pasangannya, Kate Greville yang sedang berlangsung, ‘berjalan’ dengan tegang.
Hal itu lantaran Greville mendedahkan sikap buruk dan betapa dia trauma sepanjang berkongsi hidup dengan Giggs, 48 tahun.
Greville yang mula mengalami mimpi buruk dengan Giggs sejak 2017 dan mengakhiri asmara pada 2020 mendakwa pemain bola tersebut bukan sahaja mengawal kehidupannya, seorang yang kuat cemburu dan sentiasa mahukan seks, tetapi juga telah menderanya.
Dalam keterangan kepada polis pada 2020, Greville mendakwa pernah ditendang keluar dari bilik hotel dalam keadaan bogel kerana dia bertanya adakah Giggs sedang menghubungi wanita lain.
Dia juga mendakwa Giggs pernah dua kali membaling laptop yang mengenai kepalanya.
“Saya juga selalu diugut. Dia mahu menyebarkan video atau foto kami melakukan hubungan seks hanya jika saya tidak membalas pesanan yang diberikan olehnya,” dakwa wanita itu lagi seperti dilaporkan Dailymail.uk.
Selain itu, wanita yang pertama kali bertemu Giggs pada tahun 2013 sewaktu bintang tersebut menjadi salah seorang kliennya juga mengatakan lelaki tersebut menjalin banyak hubungan dengan orang lain dalam satu masa.
“Saya boleh katakan dia pernah menjalin hubungan dengan lapan wanita serentak sewaktu masih bersama saya. Semua bukti mengenainya ada,” katanya lagi.
Giggs bagaimanapun menafikan semua pertuduhan yang dibuat oleh wanita yang terlebih dahulu menjadi skandalnya sewaktu dia masih mempunyai isteri.
Kredit Foto: The Sun & Aussie Celeb
Maliah Surip
Wed Aug 10 2022

![[VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu [VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-inilah-dia-sama-memang-wangi-uwais-terkenang-arwah-ibu-bau-perfume-siti-sarah-pengubat-rindu.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu
Sebak tengok raut wajah Uwais....

Demi Jual Sayur, Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali
Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali

“Kemain Orang Geli, Sebenarnya Ada Jawapan…”- Nabila Huda Respon Isu Kongsi Makanan Dengan Kucing
Abil komen isu makan semangkuk dengan kucing.

“Saya Sudah Memaafkan, Tetapi Untuk Melupakan…” - Bella Astillah
Bella Astillah baik orangnya

Jadi Mangsa Rogol, Tiz Zaqyah Terkesan Gara-Gara Watak Lara - “Saya Rasa Tidak Sabar Nak Tukar Baju…”
Berat juga watak Tiz dalam Liar.

Isteri Afiq Muiz Fail Fasakh, Dakwa Tak Beri Nafkah Punca Utama Nak Bercerai - “Mengenai Bukti, Saya Rasa Semua Orang…”
Semoga ada jalan penyelesaian.

“Kalau Betul Aurora Trauma Dengan Saya, Kenapa…”- Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle
Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle

Lebih Bersinar Di Pagi Raya, Amalkan Produk Penjagaan Wajah Jepun Hada Labo
Cantik di pagi raya dengan produk Hada Labo.

Ramai Wanita Islam Mengubah Bentuk Muka Dengan Suntikan ‘Filler’ & ‘V Shape’, Ini Respon Ustazah Asma - “Hukumnya Adalah…”
Janganlah ubah bentuk muka...
![[VIDEO] Kongsi Pendapat Mengenai Lelaki, Watie Hanifiah Dipuji Patut Jadi Pilihan Shuib - “Kalau Dah Maafkan, Tak Ada Istilah…” [VIDEO] Kongsi Pendapat Mengenai Lelaki, Watie Hanifiah Dipuji Patut Jadi Pilihan Shuib - “Kalau Dah Maafkan, Tak Ada Istilah…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-210.png?ext=.png)
[VIDEO] Kongsi Pendapat Mengenai Lelaki, Watie Hanifiah Dipuji Patut Jadi Pilihan Shuib - “Kalau Dah Maafkan, Tak Ada Istilah…”
Maafkan tapi bukan melupakan.