HIBURAN
Bekas Suami Karisma Kapoor, Rakan Baik Putera William Maut Tertelan Lebah
Maut menjemput manusia kadang dengan cara tak biasa. Itu yang berlaku kepada seorang jutawan terkenal India, Sunjay Kapur.
Kapur yang juga bekas suami Karisma Kapoor dilaporkan meninggal dunia selepas tertelan lebah sewaktu bermain polo di United Kingdom.
Usahawan itu dipercayai terkena serangan jantung selepas tertelan lebah yang terbang masuk ke mulutnya pada waktu itu, lapor TimesofIndia.
Menerusi laporan sama, Kapur sempat mendapat pertolongan kecemasan awal namun nyawanya tetap tidak dapat diselamatkan kerana serangan jantung. Lelaki yang juga merupakan rakan Putera William dan sering bermain polo bersama menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun.
Kapur dan Karisma berkahwin pada 2003 sebelum berpisah di tahun 2016. Mereka memiliki dua orang anak iaitu Samaira, 20, dan Kiaan, 14. Mendiang kemudian berkahwin semula dengan bekas model dan ahli perniagaan, Priya Sachdev dan dikurniakan seorang anak bernama Azarias pada 2018.
Meski sudah bercerai, Kapur dan Karisma tetap menjaga hubungan baik demi anak-anak.
Kematian anak pemilik automotif terkenal India itu mengejutkan ramai dan mendapat banyak ucap takziah yang antaranya terdiri dalam kalangan rakan seperjuangan dan selebriti Bollywood termasuk adik Karisma, Kareena Kapoor dan suami, Saif Ali Khan.
Mendiang Sunjay adalah Pengerusi Sona Comstar, iaitu syarikat teknologi automotif terkemuka global. Sunjay dilantik sebagai Presiden Automotive Component Manufacturers Association (ACMA), lapor agensi.
Must-Watch Video