Jika dua minggu lepas pelakon kacak Remy Ishak membuat kejutan sempena hari jadi bekas tunangnya, Ezza Yusof, kali ini tiba giliran wanita itu pula.

BACA: Buat Kejutan Hari Lahir Pada Bekas Tunang, Peminat Doakan Remy Ishak & Ezza Yusof Kembali Bersama

Berkongsi sepotong video di Instagramnya pada Ahad, Ezza bersama beberapa kenalan lain muncul secara mengejut di majlis persandingan teman rapat mereka sambil menyanyikan lagu hari jadi buat Remy.

Remy yang memakai kemeja merah jambu cair kelihatan terkejut dan berdiri untuk meniup lilin yang dibawa oleh Ezza.

"Terima kasih kepada semua yang hadir di sini, saya jarang sambut birthday. Ini hari jadi ke-39 dan sambut di majlis perkahwinan kawan saya," katanya.

A post shared by ???? ????? (@ezzarl)


Remy dan Ezza pernah bertunang sebelum ini namun hubungan mereka putus sekitar tahun 2019.

Di Instagramnya pula, Remy berkongsi sebingkis coretan khas sempena ulangtahun kelahirannya itu.

"Syukur alhamdulillah di usia 38 tahun sebelum ini saya banyak dipertemukan dengan perkara yang baik, dikelilingi insan yang baik2 serta dikurniakan oleh-Nya kesihatan tubuh badan, fizikal & mental yang positif.

"Saya percaya dengan doa, kata-kata positif yang dilafazkan oleh anda semua, ahli keluarga, sahabat handai & masyarakat sekeliling sebelum ini telah banyak memberi impak yang positif dalam kehidupan harian serta peribadi saya.

"Di usia 39 tahun pada hari kelahiran saya hari ini, saya mendoakan kesejahteraan & kebaikan yang berterusan buat anda semua. Semoga kalian sentiasa berada dalam lindungan serta dikurniakan limpahan & rahmat-Nya," tulisnya.

Dalam pada itu, Remy turut berkongsi pengalaman menarik dan kelebihan menonton rancangan kegemaran di Astro menggunakan Ultra Box.

"Sempena hari special saya 11 April ni, saya nak borak sikit, Astro Ultra Box ni buat pengalaman menonton jadi bertambah senang dan seronok. Dengan jadual saya yang busy memanjang ni, selalu miss banyak rancangan kat TV.

"So Ultra Box baharu dari Astro ni memberikan saya fleksibiliti untuk tonton rancangan LIVE, rakam cerita yang saya terlepas dan catch up balik series2 yang best kat Astro tu.

"Nak cakap banyak pun sampai esok pun tak habis. Apa kata korang ‘google’ Astro Ultra Box ni. Nanti baru kita borak balik.

"Saya dah Ultra. Korang dah ke belum? #DahUltraKeBelum," katanya.

Apa kata korang tengok sendiri video yang dikongsikan Remy di Instagramnya ini.

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)