Siapa tidak kenal dengan pelakon berkulit hitam manis iaitu Remy Ishak.

Selepas kontroversi putus tunang pada tahun 2019, tidak kelihatan mana-mana wanita yang mendampingi aktor tampan ini.

Terbaru, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, kelihatan membuat kejutan sempena hari lahir bekas tunangnya, Ezza Yusof, 38, di sebuah restoran.

Menerusi Instagram (IG) Ezza, dia ada memuat naik rakaman video yang menunjukkan kemeriahan majlis yang turut dihadiri kenalan rapat.

"Saya tak pernah kena kejutan macam ini. Sejuk tangan sis semalam tak tau nak react macam mana, nak nangis ke nak gelak ke.

"Memang tak jangka langsung, lancar betul mastermind plan," tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, pemilik nama Roszaliza Yusof mengucapkan terima kasih kepada pelakon drama Pujaan Hati Kanda yang telah berkongsi rezeki dengan belanja makan.

"Terima kasih sudi belanja kami makan semalam Remy Ishak. Semoga Allah SWT kurniakan rezeki yang kukuh, berpanjangan dan berkat. Amin," tulisnya lagi.

Ahli perniagaan itu turut menerima sejambak bunga ros merah daripada juri tetap program The Masked Singer Malaysia.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat tumpang gembira melihat keakraban pasangan ini serta mendoakan agar cinta mereka berpaut kembali.

"Selamat hari lahir. Sukanya tengok awak dan Remy get back. Semoga jodoh berkekalan. Cepat nikah okey, amin.

"Alololo semoga ada jodoh balik dengan Remy Ishak. Amin.

"Doa yang baik-baik buat kakak. Semoga berjodoh dengan abang Remy Ishak. Amin.

"Aww so sweet. Semoga awak berjodoh dengan Remy Ishak," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Pada Februari 2019, Remy mengesahkan ikatan pertunangan dengan Ezza yang dibina pada Mei 2017 telah putus.

Remy bagaimanapun menegaskan perpisahan mereka bukan disebabkan kehadiran orang ketiga seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

BACA: "Bukan Kerana Orang Ketiga" - Remy Ishak Putus Tunang Sebulan Lalu