Bekas tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie yang dikenali sebagai Khazrul Elzey menegaskan hubungan mereka berakhir bukan disebabkan dia memaksa aktres itu memakai tudung.

Enggan berkongsi punca sebenar, Khazrul Elzey memberitahu dia cuma berharap bekas tunangnya itu akan berubah menjadi muslimah yang lebih baik kerana Allah.

“I tak pernah paksa dia pakai tudung untuk berubah. I cuma cakap I suka you pakai tudung untuk nampak lebih cantik. Pakai tudung pun bukan menjamin masuk ke syurga kalau hati kotor yang tak pakai tudung tu pun boleh masuk syurga.

“Jadi berubahlah kerana Allah bukan kerana manusia. Jadi I dah jelaskan bukan masalah tudung punca kami putus. Ada benda lain dia pun tahu apa sebabnya. Sama-samalah menjaga aib,” katanya.

Menerusi perkongsian di TikTok lagi, Khazrul Elzey turut mendedahkan dia sudah cuba untuk menghubungi Zarina atau Anju namun aktres itu tidak melayannya.

Malah, Khazrul Ezley memohon agar Zarina berhenti melibatkan kedua-dua keluarga mereka dalam kemelut mereka berdua.

“I dah call you dah mesej tapi you yang tak jawab. I dah cuba tapi you buat bodoh. Sekarang you cakap I tak hormat mama dan daddy you. Tolong ya, I hormat your family dan sayang mereka semua!

“Adakah you juga menghormati keluarga saya sedangkan your live mengutuk I macam-macam. Jadi, tolong jadi bijak jangan libatkan keluarga dalam situasi ini.

“Sedar kesalahan sendiri. Ok i move on! Harap-harap you pun sama move on. Mari berubah kerana Allah,” tulisnya lagi.

BACA: Zarina Anjoulie Tak Akan Maafkan Bekas Tunang Dengan Mudah - “Jadilah Lelaki Sejati & Berdepan Dengan…”

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.