HIBURAN
Belanja Lagu Dengan Nuha Baharin, Syasya Rizal Beri Bayangan Bakal Kembali Beraksi? - “What A Comeback”
Penyanyi, Syasya Rizal berjaya menarik perhatian warganet selepas berkongsi video nyanyiannya bersama Nuha Baharin di sosial media.
Syasya berkongsi video nyanyian di sosial media buat peminat sementara menunggu pengumuman puasa pada Jumaat.
“Sementara menunggu pengumuman puasa layan dulu YB Keychain ft YB Shizuka,” katanya ringkas.
Menyanyikan lagu Tamally Maak nyanyian asal Elyanna, bekas ahli kumpulan Dolla itu menerima pujian daripada netizen.
“Naik bulu roma dgr suara syasya in arabaic 😮😮😮😮 masyaAllah sedap nya suara both.
“meremang bulu roma bila syasya nyanyi.
“Mantul laa suara masing2,” komen netizen.
Pada masa sama, perkongsian tersebut juga memberi keterujaan kepada peminat yang mengikutinya dari permulaan kariernya bersama Dolla.
“omg syasya comeback😍🔥
“What a comeback!!!!!!
“SYASYA IS BACK,” kata peminat di ruangan komen.
Sebelum ini, Syasya atau nama lengkapnya Norsyasya Afiqah Shahrizal pernah berkongsi gambar di laman sosial sedang berlatih vokal dan juga sedang menjalani rakaman lagu.
Pada masa sama, Syasya juga membuat hantaran di Instagram story mengenai berita dia akan kembali ke dunia seni selepas keluar daripada kumpulan Dolla.
Awal Mac 2024 Syasya membuat kejutan apabila mengumumkan undur diri daripada Dolla berikutan hal peribadi yang tidak dapat didedahkan.
Pada 20 April penyanyi terbabit mengesahkan dirinya sudah bernikah dengan rakan abangnya, Nasrullah Mohd Sapie, 24.
Pasangan terbabit dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan yang dilahirkan pada 23 Disember lalu.
Must-Watch Video