Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Belanjawan 2025: Penyasaran Subsidi RON95 Pertengahan Tahun Depan - Anwar

Awani
18/10/2024 09:25 MYT

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan anggaran sekitar RM12 bilion untuk 85 peratus rakyat Malaysia.

Sewaktu membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat pada Jumaat, beliau berkata, sesuatu yang tak dapat disangkal ialah warga asing dan 15 peratus teratas pengguna mahakaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion.

Katanya lagi, dana RM8 bilion itu sebenarnya lebih baik dimanfaatkan bagi peningkatan kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam.

“Sehingga kini, harga RON95 Malaysia ialah RM2.05 sen ketimbang negara tetangga seperti Thailand (RM5.85), Indonesia (RM3.38), Singapura (RM9.02 sen) dan Arab Saudi (RM2.66). Harga yang rendah menyebabkan Kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah RM20 bilion.

“Namun, Kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik, apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan,” katanya lagi.

Terdahulu Perdana Menteri berkata, RM421 bilion telah diperuntukkan untuk Belanjawan 2025 Malaysia MADANI.

Beliau berkata, tiga sektor yang menjadi penerima terbesar Belanjawan ialah pendidikan (RM15 bilion), diikuti keselamatan (RM12.3 bilion), dan kesihatan (RM6.9 bilion).

Perdana Menteri berkata, hasil kerajaan persekutuan dianggar meningkat 5.5 peratus kepada RM339.7 bilion seiring dengan prospek ekonomi 2025 yang dijangka lebih baik, dengan defisit fiskal diunjur pada 3.8 peratus, manakala inflasi di antara dua peratus hingga 3.5 peratus.


Sumber: Astro Awani

BERITA TRENDING: Belanjawan 2025: Fail Warna Hitam Tarik Perhatian, Rupanya Beg Songket Tenunan Kelantan Jadi Pilihan PM, Ini Maksudnya

BERITA TRENDING: Trisha Ooi Sanggup Ubah Penampilan Demi Watak - “Setiap Kali Lihat Cermin Dengan Rambut Perang…”

BERITA TRENDING: “Lepas Ni Boleh Buat Hal Masing-Masing Kalau Nak, Saya Mungkin Lumpuh…” - Isteri Sebak Dengar Luahan Hati Azlan Komeng, Mohon Doa Cepat Sembuh

BERITA TRENDING: Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”

#Minyak #RON95 #Subsidi #BELANJAWAN 2025
;