Hiburan

Trisha Ooi Sanggup Ubah Penampilan Demi Watak - “Setiap Kali Lihat Cermin Dengan Rambut Perang…”

gempak
Mya Amri
18/10/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Trisha Ooi Sanggup Ubah Penampilan Demi Watak - “Setiap Kali Lihat Cermin Dengan Rambut Perang…”
Pelakon, Trisha Ooi sanggup mewarnakan rambut hitamnya kepada coklat keperangan bagi merealisasikan watak dalam drama Senyawa.

Tampil rambut perang demi Sharifah Zabrina

Mengakui itu merupakan kali pertama tampil mewarnakan rambut, Trisha atau nama sebenarnya sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 25, berkata, perubahan itu dibuat bagi memenuhi tuntutan pengarah iaitu Eyra Rahman untuk menjayakan watak Sharifah Zabrina.
“Penampilan watak saya dalam drama ini 100 peratus merupakan idea pengarah. Saya sendiri sebelum ini tidak pernah berlakon mewarnakan rambut.

“Saya hanya berlakon dengan warna rambut asli iaitu hitam. Jika sebelum ini ada yang mengetahui saya rambut panjang kerana itu adalah diri saya.

“Tetapi untuk mengubah daripada Tisha ke Sharifah Zabrina, saya percaya memerlukan banyak usaha yang kita perlu terapkan dalam diri,” katanya.
Trisha berkata demikian ketika ditemui dalam majlis sidang media drama Senyawa di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur pada Rabu.

Percaya penampilan boleh hidupkan karakter

Tambah Trisah, selain menentukan warna rambut, Eyra juga membantu dalam membuat pilihan pakaian yang perlu dipakainya dalam drama berkenaan.
“Pengarah yang membuat keputusan untuk saya mewarnakan rambut. Bukan saja rambut, tetapi pakaian juga ditentukan olehnya.
“Eyra akan menentukan gaya dan pakaian yang saya perlu sepanjang penggambaran demi watak.

“Saya percaya dengan penampilan ini dapat menghidupkan karakter. Sebelum pelakon itu berasa yakin dengan watak, pengarah terlebih dahulu melihat (menggambarkan) bagaimana perwatakan watak,” katanya.

Trisha turut menyifatkan perubahan warna rambut dapat membantu untuk mengingatkan dirinya terhadap karakter watak dalam drama itu.
“Pada saya perubahan penampilan perlu sekiranya dapat menghidupkan watak. Seperti saya, setiap kali melihat cermin dengan rambut perang, saya sedar ini bukan Trisha, ini Sharifah Zabina,” ujarnya.
Selain Trisha drama Senyawa yang ditayangkan di aplikasi penstriman iQIYI bermula 25 Oktober depan itu turut dibintangi oleh Shahz Jaszle, Siti Hariesa, Datin Nina Juren, Liang Chia, Aleza Shadan dan Heryanto Hassan.
Drama tersebut menceritakan tentang pengorbanan seorang wanita yang menjadi ibu tumpang bagi pasangan suami isteri iaitu Sharifah Zabina dan Iskandar (Shahz Jaszle).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024