Jenama tudung terkenal tempatan Naelofar Hijab tampil berkolaborasi bersama jenama kopi popular dunia Starbucks.

Hadir dengan bekas air berwarna jernih, selendang istimewa Naelofar Hijab ini disertakan sekali di dalam setiap pembelian tumbler tersebut.

Menariknya lagi, koleksi ini terdiri daripada tiga variasi warna iaitu coklat, beige dan hijau, diinspirasikan menerusi minuman ikonik Starbucks, coklat, karamel dan teh hijau.



Istimewanaya lagi, dengan setiap pembelian koleksi ini, RM1 akan disumbangkan kepada badan amal MYCupofkindness bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak di Malaysia.

Di laman sosial rasmi Starbucks Malaysia, rata-rata netizen gembira dengan hasil kolaborasi ini.

Ramai yang memuji kecantikan tiga warna tudung dan tidak terkecuali rekaan bekas air jernih tersebut.



Malah, ada juga yang memberikan ucapan penghargaan kepada pengasas Naelofar Hijab, Neelofa kerana sekali lagi dapat bekerjasama dengan jenama terkenal antarabangsa.

Mula dijual sejak semalam, setiap satu daripada koleksi ini dijual pada harga RM78.

Anda boleh dapatkan koleksi ini di semua cawangan Starbucks sementara stok masih ada.