Laman Utama
Beli Lipmatte Harga Promo, Wanita Kongsi Dapat Isi Pun Separuh Juga
Perkongsian seorang wanita yang membeli satu set alat solek menarik perhatian pengguna media sosial apabila ramai yang mendakwa pernah mengalami pengalaman sama dengannya.
Hal itu lantaran pembeli hanya menerima separuh sahaja isi alat solek dalam tiub yang diperolehnya.
Advertisement
Dia antaranya menunjukkan isi lipmatte produk tempatan itu kelihatan sangat jelas diisi ‘kurang dari separuh’ tiub.
Menurut informasi, set alat solek tersebut dibeli pada harga promosi RM50 berbanding harga asal bernilai RM250.
Selepas perkongsian itu tular, ada netizen yang mengaku telah ‘terkena’ sebelum ini malah mendakwa harga promo yang kononnya ditawarkan untuk beberapa tempoh tertentu tetapi selalu dilihat hampir setiap masa.
Bagaimanapun ramai juga yang menasihatkan agar pembeli melihat kepada isi padu seperti berapa liter isi produk yang dibeli berbanding botol yang akan bersifat lebih besar.
Jika isinya sama dengan isi padu yang dinyatakan pada produk, maka pemilik atau founder tidak bersalah kerana menjual barangan dengan betul.
Ia juga disifatkan sama dengan kebanyakan produk termasuk makanan seperti chips yang dibungkus dalam bungkusan besar, namun hanya diisi separuh malah suku daripada apa yang diharapkan pembeli.
Must-Watch Video