Skip to main content

Hiburan

'Ramai Sangka Saya Bawa Emak'

Lelaki Kahwin

Perbezaan umur bukan halangan untuk pemuda ini membina mahligai cinta dengan wanita yang 23 tahun lebih berusia daripadanya.

Sebaliknya, keikhlasan dalam perhubungan dan kasih sayang menyatukan Azmirullah Azan, 28, dengan isteri, Wan Nazihah Wan Awang, 51, hingga perkahwinan mereka bertahan sejak 2019 hingga kini.

Mengimbas detik awal perkenalan, Azmirullah menetap di Gong Badak, Terengganu berkata, dia berkenalan dengan isteri pada Mei 2019 dan berkahwin tiga bulan kemudian iaitu Ogos tahun sama.
 

Katanya, keserasian antara mereka dan keinginan membantu menguruskan perniagaan menjadi pendorong mereka berkahwin dengan isteri yang ketika itu berstatus ibu tunggal kepada lima anak.

"Kami berkenalan di Facebook (FB) dan memang tak sempat bercinta lama pun kerana ambil keputusan berkahwin selepas tiga bulan mengenali hati budi satu sama lain.

"Waktu itu, perniagaan isteri perlahan dan saya tawarkan diri bantu supaya dia bangkit semula.

"Niat asalnya membantu, tapi ditakdirkan berkahwin dan saya terima anggap ia jodoh ketentuan Allah SWT.

"Keluarga tak halang, malah anaknya (anak tiri) pun terima saya daripada awal hingga kini walaupun umur yang sulung sebaya dengan saya," katanya kepada Harian Metro.

Sepanjang tujuh tahun perkahwinan, Azmirullah berasal dari Pasir Puteh, Kelantan mengakui bahagia menjalani kehidupan dengan isteri, malah tidak kekok menjadi pasangan hanya kerana jurang umur antara mereka.

Azmirullah berkata, dia juga tidak pernah malu membawa Wan Nazihah keluar bersama, malah wanita itu sentiasa menjadi penemannya kerana mereka sukar berenggang.

"Saya terlalu sayang isteri sampai hampir 24 jam berkepit dengannya…kalau pergi majlis atau acara keramaian pun pasti akan bawa isteri.

"Memang ada orang ingat saya bawa emak, tapi ia perkara biasa dan tak malu pun nak mengaku dia isteri saya kerana memang itu kenyataannya.

"Banyak kenangan manis kami cipta bersama cuma mulut orang tak boleh tutup kerana ada saja cakap buruk, salah satunya tuduh saya kahwin dengan isteri sebab menumpang kesenangannya. Hakikatnya saya tak duduk goyang kaki kerana masih bekerja membantu isteri menjual gas iaitu perniagaan diusahakannya," katanya juga bersyukur banyak mendapat tunjuk ajar dan nasihat daripada isteri dalam perniagaan.

Sementara itu, Wan Nazihah berkata, lima tahun dia hidup sebagai ibu tunggal selepas pemergian suami pertamanya yang meninggal dunia pada 2014 akibat diabetes.

Selepas hidup solo, Wan Nazihah terbuka berkahwin lagi cuma sentiasa memohon kepada Allah SWT semoga bertemu lelaki yang baik sebagai pengganti.

"Suami tegur dulu di FB, mulanya dengan like gambar saya kemudian kami berkenalan dan tak lama selepas itu, dia ajak berkahwin.

"Saya terimanya kerana dia lelaki baik cuma buat sunat istikharah, minta petunjuk Allah. Seandainya itu yang terbaik mohon permudahkan.

"Alhamdulillah urusan perkahwinan jadi mudah kerana hubungan kami direstui emak dan ayah juga keluarga kedua-dua belah pihak.

"Kini, sudah tujuh tahun pun kami berkahwin dan suami muda, tapi matang, malah paling penting bertanggungjawab walaupun umurnya baru awal 20-an waktu kami berumah tangga.

"Kalau baca komen di media sosial, memang ada saja yang negatif dan persoalkan hubungan kami, tapi bagi saya, tak ada masalah pun kerana ramai saja wanita di luar sana ada pasangan muda," katanya yang berdoa semoga mengecap kebahagiaan dengan suami sehingga ke syurga.

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement