HIBURAN

Bella Astillah Terima Kejutan Sempena Hari Jadi, Netizen Fokus Tengok Kek - “Ada Perkataan Grumpy Munchkin Mesti Dari Syed Saddiq”

Umirah Halim 15/03/2025 | 07:55 MYT
Fenomena gandingan BASS (Bella Astillah-Syed Saddiq) masih lagi menjadi perbualan ramai di media sosial.
Setiap gelagat yang mereka lakukan pasti mendapat sambutan baik daripada orang ramai yang juga rata-rata mendoakan yang terbaik buat mereka.

Sambut bersama keluarga Syed Saddiq

Terbaharu, tular sepotong video memaparkan pelakon dan penyanyi Bella Astillah menerima kejutan hari jadi ketika berbuka puasa bersama keluarga Syed Saddiq.

Menerusi video tersebut, memeparkan momen Bella meniup dan memotong kek yang bertuliskan ‘Happy Birthday Grumpy Munchkin’.
Tidak lama selepas itu, ibu dua anak itu menerima kejutan hari jadi lagi sekali yang diraikan bersama keluarga dan rakan terdekat termasuk Syed Saddiq.

undefined Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa gembira dan menyifatkan hari lahir pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu pada tahun ini sangat bermakna dengan kehadiran Saddiq.
“YB plan semuanya, dari Muar ke KL dia pulak blushing.

“Takkanlah kejutan hari lahir dan jumpa ibu bapa Saddiq pun marketing. Semoga mereka berjodoh.

“Istimewa hari lahir Bella tahun ini, Alhamdulillah semua orang mendoakan kalian.

“Perkataan dekat kek ada tulisan ‘grumpy munchkin’, maksudnya kek itu dari YB.
Terdahulu, Saddiq pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Untuk rekod, Bella Astillah sebelum ini pernah memuat naik hantaran video kerjasamanya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq untuk kempen pakaian sempena Aidilfitri.
Sekadar info, ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi telah bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Sweet Bella & Syed Saddiq Dah Sampai Ke Korea, Peminat BASS Teruja - “Semoga Berjodoh Hingga Ke Jenjang Pelamin”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Kacau Bella, Tu Saya Punya” - Syed Saddiq

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Pun Restu Syed Saddiq Dengan Bella Astillah, Mohon Doa Yang Baik-Baik - “Saya Jarang Nampak Dia Happy Macam Ni”

#Hari Jadi #Bella #Syed Saddiq #Kejutan #Astillah