HIBURAN
Kisah Sweet Bella & Syed Saddiq Dah Sampai Ke Korea, Peminat BASS Teruja - “Semoga Berjodoh Hingga Ke Jenjang Pelamin”
Tidak hanya menjadi perhatian di Malaysia, gosip percintaan antara penyanyi Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini menjadi tular di Korea Selatan.
Tular sampai ke Korea Selatan
Buktinya, sebuah portal popular hiburan negara tersebut iaitu Koreaboo melaporkan tentang spekulasi percintaan Bella dan Syed Saddiq pada Sabtu.Menerusi artikel berjudul ‘Divorced actress’s rumored new boyfriend swims across the sea for her’, Koreaboo melaporkan tentang video yang dimuat naik Saddiq iaitu ketika dia terjun ke laut sebelum berenang menuju ke Bella yang menantinya di Semporna, Sabah baru-baru ini.
Dalam laporan sama, Koreaboo turut menceritakan serba sedikit latar belakang Bella termasuklah kisah kontroversi perceraian dengan bekas suaminya, penyanyi Aliff Aziz.
Malah artikel itu juga turut menyelitkan kenyataan ibu Saddiq iaitu Sharifah Mahani yang menyamakan kisah cinta anaknya seperti Romeo dan Juliet.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa gembira apabila pasangan kesayangan mereka yang digelar sebagai BASS (Bella Astillah Syed Saddiq) meraih perhatian portal antarabangsa.Antara komen yang diterima adalah:


Terdahulu, hubungan rapat antara Bella dan Saddiq semakin hangat diperkatakan selepas masing-masing dipilih menjadi duta jenama pakaian.
Malah pasangan kegemaran ramai itu juga dilihat banyak meluangkan masa bersama selain turut berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah, baru-baru ini.
Saddiq juga sebelum ini pernah muncul dalam muzik video lagu nyanyian Bella berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Must-Watch Video