Laman Utama

Bella Hadid Mahu Ramadan Disambut Dalam Suasana Aman

gempak
Maliah Surip
24/03/2023
13:00 MYT
Sponsor Banner
Bella Hadid Mahu Ramadan Disambut Dalam Suasana Aman
Supermodel Bella Hadid menjadi salah seorang selebriti Islam yang teruja menyambut kehadiran bulan Ramadan.
Pemilik nama sebenar Isabella Khairiah Hadid ini dilihat telah mengemas kini akaun Instagramnya dengan meletakkan ucapan ‘Ramadan Mubarak’ yang ditujukan kepada umat Islam yang sedang melaksanakan salah satu rukun Islam dengan ibadah puasa.
Bersama ucapan tersebut, Bella juga meninggalkan pesan ringkas namun cukup mendalam yang ditulis pada ruangan kapsyen.
“Selamat menyambut Ramadan Mubarak semua. Saya harap Ramadan akan menjadi bulan yang aman buat kita semua,” tulis Bella.
Terdahulu dalam banyak laporan, perempuan yang berusia 26 tahun ini mengaku sudah mula diajar berpuasa sejak kecil oleh bapanya, Mohamed Hadid yang berketurunan Palestin.
Namun tanpa berselindung dia memberitahu sering culas melaksanakan ibadah berpuasa apabila sudah hidup sendiri dan sibuk dengan pekerjaan.
“Kami sekeluarga meraikan Aidilfitri bersama keluarga. Saya menjalankan ibadah puasa sejak kecil.
"Tetapi apabila semakin dewasa, mula bekerja dan melanjutkan pelajaran, saya semakin sukar untuk berpuasa untuk tempoh yang panjang," katanya.
Pengakuan tersebut dibuat lewat temu bual bersama majalah Harper’s Baazar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live