Skip to main content

Viral

Belum Bersedia Bertanding, Altimet Tolak Dulu Jadi Calon

altimetcalon.jpg

Penyanyi rap,  Altimet yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang menolak untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

 

Advertisement

Jelas Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, keputusan itu dibuat kerana masih belum bersedia untuk menggalas cabaran besar tersebut. 

 

Penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Aku Kaya itu ditemui pada Majlis Pengumuman Calon PKR yang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di Taman Kosas semalam.

 

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 2,500 orang itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail diumumkan sebagai calon bagi Parlimen Ampang, sekali gus bakal berdepan dengan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin.

 

Dalam pada itu, Altimet berkata, dia akan membantu parti bagi memenangi pilihan raya tersebut.

 

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video