Laman Utama

Belum Habis Pantang, Aurel Hermansyah Sudah All Out Di Pentas, Krisdayanti; "Luar Biasa, Masih Nyeri Bekas Jahitannya"

Amri Hassan
30/03/2022
14:55 MYT
Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti memuji kekuatan semangat anaknya, Aurel Hermansyah yang tampil menyanyi di pentas bersamanya biarpun masih berpantang.
Kata KD, vokal Aurel masih belum pulih sepenuhnya selepas bersalinkan anak sulung mereka pada 22 Februari lalu.
"Yang ini sedikit nekat… Bayangkan belum 40 hari mamanya Ameena sudah berani konsert.
"Luar biasa, saya akui vokalnya belum pulih dan mama Ameena masih nyeri bekas jahitannya. Hal ini terjadi karena situasional yang mendorong energinya pulih bahagia," kongsi KD yang tampil mengadakan persembahan bersama Aurel pada Selasa.
Mendorong semangat Aurel, KD turut menitipkan kata-kata motivasi dan berterima kasih atas doa peminat mereka.
"Saya mendoakan kamu nak, jadilah hebat. Ambisi untuk semangat kebaikan tapi tidak ambisius, jadilah tetap rendah hati dan selaras manut dengan nahkoda hatimu.
"Selamat menyambung hidup barumu selamanya @aurelie.hermansyah @attahalilintar," ujarnya.
Untuk rekod, Aurel telah mendirikan rumah tangga bersama YouTuber Atta Halilintar pada April 2021.
Aurel selamat melahirkan anak sulung mereka pada 22 Februari lalu yang diberi nama Ameena Hanna Nur Atta.
Foto: atanlemosphotowork
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT