Berita

Belum Reda Koronavirus, China Diserang Virus H5N1 Pula

gempak
Asraf Aided
02/02/2020
06:57 MYT
Sponsor Banner
Belum Reda Koronavirus, China Diserang Virus H5N1 Pula
China melaporkan kes virus selsema burung H5N1 di wilayah Hunan, yang terletak di sempadan selatan wilayah Hubei, yang merupakan pusat penularan wabak koronavirus, lapor AWANI.
"Wabak ini bermula di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang yang menempatkan 7,850 ekor ternakan ayam, dan 4,500 ekor ayam telah mati setakat ini.
"Pihak berkuasa tempatan telah bertindak menyembelih sejumlah 17,828 ayam," menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar China pada lewat Sabtu.
Virus Hunan H5N1 bermula ketika pihak berkuasa China terus giat berusaha menyekat penyebaran koronavirus yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 300 orang.
Virus H5N1 yang juga dikenali sebagai selsema burung, menyebabkan masalah pernafasan yang teruk pada burung dan ayam.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan daripada haiwan ke manusia adalah sukar, namun tidak mustahil berlaku.
Tiada kes jangkitan ke atas manusia dilaporkan buat masa ini.
Sumber : Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live