Sekilas
- Stacy menduduki tangga pertama dengan markah 63.37% dalam konsert minggu empat Gegar Vaganza Fantasia (GVF).
- Mawi diumumkan sebagai pemenang anugerah Bintang Paling Power CelcomDigi untuk minggu keempat.
- Shahir mendapat markah terendah 44.54% dan tersingkir dari pertandingan GV Fantasia.
Konsert minggu empat Gegar Vaganza Fantasia (GVF) menyaksikan Stacy berjaya menduduki tangga pertama dengan peratusan markah sebanyak 63. 37 peratus.
Mawi sekali lagi diumumkan sebagai pemenang anugerah Bintang Paling Power CelcomDigi bagi minggu empat.
Manakala Shahir yang mendapat markah terendah sebanyak 44.54 peratus tidak dapat meneruskan perjalanan di pentas GV Fantasia.

Berikut merupakan recap komen juri beserta markah penuh GVF minggu empat:
- Ara - Tiada Tangis Lagi
“You punya tone, benda yang baru saya dengar. Penyanyi lain tak ada. Itu sebahagian daripada range awak. Awak kena belajar dinamik. Kalau awal belajar dinamik, awak akan jadi penyanyi hebat.” - Datuk Ramli MS
- Faizul - Itu Kamu
“Lagu ini tentang pengakuan cinta yang ikhlas. Mata tak tutup minggu ini… bagus. Ada komunikasi dengan penonton, bagus. Opening tadi macam tak perlu. Saya rasa nyanyi tak ada masalah, tapi yang mendatangkan masalah, keselesaan atas pentas. Nampak kekok lagi. Jangan malu, nampak kekok. Saya tak tahu kenapa orang lelaki nyanyi lagu rock mesti kangkang. Semuanya persembahan okay. Kalau boleh perbaiki pergerakan di atas pentas, biar nampak selesa,” - Datuk Syafinaz
- Farah - Samar Bayangan
“Kita sebagai penyanyi, make up, dress, designer beri baju yang terbaik untuk kamu. Lagu ini awalnya kamu dapat lembutnya, depan dah okay. Ada kurang, lembut tu dapat. Antara 13 peserta, kalau ada kurang akan keluar. Bahagian korus, semua sharp, kamu bawa emosi. Manfaatkan baju. Kamu banyak sharp,” - Hetty Koes Endang
- Felix - Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta
“You look very cool. Tenang… relax. Muka tak ada perasaan bila menyanyi tapi bunyi nombor one. Jiwa macam ini orang suka. Tenang, relax saja kamu. I like,” - Datuk Ramli MS
- Firman - Semalam Yang Hangat
“Memang lagu you la macam ni. Pada saya, lirik dia macam lalui suasana yang menyakitkan. Lepas itu move on. Nak bezakan dua maksud. Dari aapek menyanyi, hari ini sangat baik berbanding minggu lepas. Cuma ekspektasi muka agak salah. Bahagian hujung, itulah head voice. Saya bagi markah yang baik untuk bahagian itu.” - Datuk Syafinaz
- Faizal - Selingkar Kasih
“Starting masuk menyanyi, itu sudah tak cun. Kalau bunda salah, kamu balik dengar. Nada tak cun, nafas hati-hati. Pada saat akhir, kamu buru-buru, tempo lari. Seperti nak selesai, lagu ini tak susah. Bunda faham, kamu lucu. Jadi susah untuk kamu. Latihan nafas,” - Hetty Koes Endang
“Kena ingat ini bukan AF. Kena tonjolkan diri, jangan jadi seperti penyanyi asal,” - Datuk Syafinaz
- Vince - All Of Me
“What thing you kena repair. You stage fright. I was with you. Bila you perform, you hilang banyak. You better do it. Bukan tak boleh, masa latihan, you semua okay. Bila malam ni, you kena buang perasaan stage fright,” - Datuk Ramli MS
- Zahid - Sekadar Di Pinggiran
“Wow Zahid mula… lepas itu down. Saya suka persembahan ini. Saya rasa ia sangat stabil. Bila you menyanyi nada tinggi, note lepas. Saya suka kelembutan dan intensity. Saya suka. Teruskan begini. You kena pastikan you in control. Keyakinan semakin meningkat. Minggu depan sesuatu yang baru,” - Datuk Syafinaz
- Shahir - Purnama
“Terus terang saya suka dengan arrangement… expectation bunda, kamu harus lebih lagi. Hati-hati banyak note tak sampai, yang goyang. Hearing kamu berlatih lagi. Kalau kamu terus minggu depan, berlatih nada rendah,” - Hetty Koes Endang
- Akim - Mahakarya Cinta
“Daripada atas, balance power pernafasan bagus. Tapi bila menyanyi dekat sini, kami bertiga kalau boleh nak minta semua walaupun tak ada. Tempo ada sikit. Bukan menunding tapi betulkan. Style menyanyi, bagus, power semua bagus. Cuma kami di sini nak very detail. You kena bagi proper punya,” - Datuk Ramli MS
- Stacy - Purnama Merindu
“Ini memanv pilih lagu Siti, kita tak nak jadi macam Siti. Nak jadi diri kita. Stacy tunjukkan lagu ini cara Stacy. Lagu ini melodi ini penuh kehalusan. Sedikit moden, ada yang mungkin rasa kasar. Stacy banyak idea, bila bawa lagu bawa perbezaan. Idea opening agak goyang. Hati-hati sikit. Saya suka range low you. Sangat seksi dan beautiful. Saya tahu Stacy boleh buat. Variasi nada pun sangat cantik, tak berlebihan. Idea sangat kreatif. Just work on the voice,” - Datuk Syafinaz
- Mila - Sampai Bila
“Yang bagus, bunda bilang bagus. Yang kurang, bunda bilang kurang.” - Hetty Koes Endang bagi geprek
- Mawi - Suci Dalam Debu
“Kamu masuk dekat sini, saya suka kamu ada ‘barang’. Empat minggu kamu menyanyi, kamu sendiri. Kamu bukan burung kakak tua. You bawa sendiri versi kamu. Cuma dah empat minggu, masakan yang sama. Masakan you sedap, cuma jangan bagi benda lain. Menu kena lain. Orang yang bawa menu lain, selalu di atas,” - Datuk Ramli MS
Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.
Empat alumni Akademi Fantasia (AF) iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7, dan Ara Johari (AF2016) turut menjadi bintang sama-sama berentap di pentas GV Fantasia.
Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.
Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.
Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.