Baru saja memasuki tahun baru 2021, mentaliti kelas ketiga masih dipraktikkan oleh segelintir rakyat kita.

Menerusi perkongsian akaun Facebook Negeri Sembilan Kini, arca penyu yang baru saja dirasmikan seminggu lalu telah menjadi tempat vandalisme.

Tarikan yang sepatutnya dijadikan tempat untuk bergambar kini malangnya dijadikan meja makan dan bangku untuk pengunjung yang berkelah di tepi pantai.

"Kasihanlah kat orang lain nak bergambar. Dah jadi port piknik dan tempat duduk, siap letak makanan lagi kat atas telur penyu tu.

"Belum seminggu arca penyu tu siap. Common sense mana wahai rakyat Malaysia? Rendah mentaliti sangat ni," tulis pengendali akaun berkenaan.

Ponyu Melako, Kesian la kat org lain nak bergambar. Dh jd port piknik and tempat duduk, siap letak mknn lg kat atas...

Posted by Negeri Sembilan kini on Friday, January 1, 2021

Meninjau ruangan komen pula, ramai yang meluahkan rasa kesal terhadap tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung di pantai tersebut.

Malah, ada yang mahukan pihak berkuasa tempatan memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang gemar merosakkan harta benda awam seperti ini.

Sumber: FB Negeri Sembilan Kini