Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly, 50, berang apabila namanya dikaitkan dengan aktres Janna Nick, 26, baru-baru ini.

Umum tahu, hubungan Sheila dan Janna retak sekitar awal 2019 namun punca masalah tidak dapat dipastikan.

"Siapa tweet (ciap) ni? Kelakar rabak!. PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) banyak masa nak memfitnah. Nak buka kes ke? Jom la kalau berani," tulisnya.

Menerusi Instagram Stories, isteri kepada Azman Yahya atau lebih mesra dipanggil Jinggo turut menafikan dakwaan netizen yang mengatakan punca sebenar hubungan mereka dingin disebabkan dirinya cuba menjodohkan Janna dengan anak sulungnya, Uzair Haqimy.

"Nak kenen dengan anak Sheila Rusly? Lambat lagi!" tulisnya lagi.



Sebelum ini, program Melodi Raya yang dihoskan oleh Janna telah menampilkan pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana.

Susulan daripada itu, rata-rata netizen ingin Janna dan Sheila dipertemukan bagi menjernihkan hubungan yang tegang sekaligus bermaafan.

"Awat Melodi tak jemput Sheila Rusly. Baru la kena buang yang keruh ambil yang jernih. Masa ni la nak tengok Janna dan Sheila berbaik.

"Patut masa segmen tu penerbit buat kejutan la jemput Sheila untuk berdepan dengan Janna. Kan bermaaf-maafan.

"Bawa la Sheila jumpa Janna tu. Baru Janna tu berakal sikit," antara komen-komen di media sosial.