Laman Utama

Bengang Rakyat Degil, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte: "Ambil Vaksin Atau Masuk Penjara"

gempak
Maliah Surip
22/06/2021
05:20 MYT
Sponsor Banner
Bengang Rakyat Degil, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte: "Ambil Vaksin Atau Masuk Penjara"
Setiap pemimpin mempunyai cara tersendiri mengendalikan rakyat dan negara mereka dalam menentang pandemik COVID 19.
Salah satunya adalah seluruh negara di dunia kini rancak dengan cara pengambilan vaksin yang dilihat mampu mengekang virus tersebut terus mengganas.
Berasa terganggu dengan sikap segelintir rakyatnya yang masih berdegil untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID 19, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dilaporkan telah mengeluarkan amaran.
"Anda pilih. Ambil vaksin atau masuk penjara," kata Rodrigo seperti dilaporkan Reuters.
Duterte dilaporkan berkata demikian sewaktu bersiaran di televisyen tempatan pada Isnin lalu selepas mendapati sambutan hambar rakyat untuk mengambil vaksin di Manila.
Ucapan Duterte bertentangan dengan pegawai kesihatannya yang menyatakan walaupun orang ramai digesa mendapat vaksin COVID-19, namun ia adalah secara sukarela.
"Jangan salah faham, terdapat krisis dalam negara ini. Saya hanya terganggu dengan rakyat Filipina yang tidak mengendahkan arahan kerajaan," ucap Duterte lagi.
Terdahulu Duterte yang memang menerima kritikan kerana pendekatan 'ganasnya' dalam melawan pandemik ini juga kekal dengan keputusan untuk tidak membuka sekolah untuk sebarang sesi persekolahan.
Waktu ini, Filipina menjadi salah satu negara di Asia yang diserang teruk pandemik ini dengan lebih 1.3 juta kes dan 23,000 kematian dilaporkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live