Skip to main content

Hiburan

Asyraf Khalid Imbau Memori Dijaga Bapa Aedy Ashraf - “Dia Selalu Sebut Nama Anaknya & Bangga…”

ASTROGEMPAKA asyraf

Sekilas

  • Asyraf Khalid berkongsi bahawa bapanya Aedy Ashraf pernah menjaga dia dan abangnya ketika kecil dengan penuh kasih sayang.
  • Aedy Ashraf menceritakan dalam podcast tentang bapanya yang pernah tersasar dan dipenjarakan, tetapi bangkit memperbaiki diri dan bertanggungjawab kepada keluarga.
  • Asyraf memuji kejayaan Aedy sebagai pelakon dan penerbit filem, serta percaya bapanya bangga dengan pencapaian tersebut.
Advertisement

Usahawan Asyraf Khalid memberitahu dia baru sahaja menonton podcast pelakon dan penerbit Aedy Ashraf yang berkongsi mengenai bapanya. 

 

Advertisement

Menerusi Threads, Asyraf berkata dia mengenali rapat bapa kepada Aedy memandangkan lelaki berkenaan yang menjaganya dan abangnya, Adib Khalid ketika kecil. 

 

“Semalam saya tengok  @aedyxashraf bercerita dalam podcast tentang bapanya. Dan saya rasa sesuatu yang tak ramai orang akan faham, sebab saya kenal bapanya.

 

“Bapa Aedy pernah jaga saya dan abang saya Adib masa kami kecil. Ayah percayakan dia dengan anak-anaknya. Dan dia jaga kami dengan sepenuh hati,” kongsinya. 

Advertisement

 

Menurut Asyraf, kisah yang diceritakan Aedy dalam podcast itu memberi gambaran tentang perjalanan hidup seorang lelaki yang pernah tersasar, namun bangkit memperbaiki diri.

 

“Dalam podcast tu Aedy cerita tentang bapanya, seorang lelaki yang pernah tersasar jauh dalam hidup, yang pernah dipenjarakan, yang masyarakat dah ‘write off’.  

 

“Tapi bila dia keluar, dia tak lari dari tanggungjawab. Dia rebuild dirinya dengan senyap. Dia khidmat orang lain dengan penuh amanah.

 

“Dan sepanjang tu, dia selalu sebut nama anaknya kepada sesiapa yang dia jumpa. Dia bangga.

Itulah cara dia. 

 

“Lelaki dari generasi tu kadang-kadang tak tahu nak cakap terus pada anaknya yang dia sayang. Tapi dia akan cakap pada orang lain. Itu cara dia cakap I love you,” ujarnya lagi.  

 

Dalam pada itu, Asyraf mengakui dia meminati Aedy dan berasa teruja apabila dijaga oleh bapa kepada selebriti yang kini digelar penerbit filem ‘box office’ Malaysia iaitu Tarung: Unforgiven.

 

“Saya ingat masa kecil, saya sebenarnya peminat Aedy. Rasa ‘cool’ sangat, abang yang jaga saya ni, rupa-rupanya anak dia pelakon.

 

“Sekarang Aedy bukan sekadar pelakon, dia ‘film producer’, dan Tarung: Unforgiven dah cecah RM10.5 juta dalam masa seminggu, nombor satu ‘box office’ Malaysia. 

 

“@aedyxashraf, tahniah. Trust me, your father is watching all of this with eyes full of pride. Kadang-kadang lelaki yang pernah paling jauh tersasar, adalah bapa yang paling dalam doanya untuk anaknya berjaya,” katanya.   

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

Must Watch Video

Advertisement