Tiba sahaja bulan Ramadan, pasti ramai umat Islam yang mengambil peluang berbuka puasa di luar bersama rakan-rakan mahupun keluarga demi merapatkan lagi silaturrahim.

Bagaimanapun, menerusi satu video tular di media sosial, sekumpulan individu ini mempunyai definisi ‘makan luar’ yang berbeza apabila upacara iftar mereka diadakan di atas jalan raya.

BERITA TRENDING: Panik Sambut Ramadan Pertama Sebagai Isteri, Nabila Razali Masak ‘Supper’ Bukan Sahur Buat Suami

Dalam perkongsian berdurasi 20 saat berkenaan, memperlihatkan sekumpulan individu yang dipercayai mempunyai pertalian darah antara satu sama lain itu menjamu selera di atas tikar yang dibentang secara langsung di tengah jalan.

Bukan itu sahaja, keluarga berikut juga dapat dilihat seperti tidak risau dengan kehadiran mana-mana kenderaan di atas jalan raya berkenaan.


Entri yang meraih tontonan lebih 70,000 itu mendapat reaksi kurang senang netizen di mana majoriti meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan individu-individu tersebut.

Antara komen yang diterima:

“Dari segi keselamatan perlu ada penutupan jalan sebab selekoh depan tu, dari segi agama, waktu Maghrib kena berlindung, waktu kurang baik berada di luar rumah,”

“Bahaya ni. Kena letak tanda dekat atas jalan tu. Ini kalau ada pemandu yang nak kejar waktu berbuka mahu kena sodok ni,”

Sementara itu, ada juga segelintir berpendapat bahawa jalan berkenaan merupakan jalan mati yang tidak digunakan oleh mana-mana kenderaan.

“Aku cuba positif lah mungkin ni jalan mati? Penghujung jalan dalam lorong rumah diorang ni. Jadi mereka pun yakin yang tak ada kenderaan akan lalu situ sebab jalan mati.”

“Tu jalan mati, mereka buka sekali dengan jiran-jiran sekeliling, jadi memang tak akan ada kereta lalu dah.”

Sekadar info, menurut netizen upacara iftar unik itu berlaku di kawasan Felda Bukit Kuantan.

Sumber: Platform X