Berita

Berang Diminta Alih Barang Punca Suspek Lepas Tembakan Di Setia Alam

gempak
Gempak
09/02/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Berang Diminta Alih Barang Punca Suspek Lepas Tembakan Di Setia Alam
Siasatan awal polis mendapati suspek melepaskan tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor, dipercayai akibat berang ditegur pekerja pembersihan supaya mengalihkan barang yang diletakkan di kawasan kejadian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ketika kejadian, suspek seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu juga disyaki berada di bawah pengaruh dadah.
"Bagaimanapun, motif sebenar tiada (dikenal pasti) lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengiringi Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hadir ke Majlis Perasmian dan Pelancaran Perayaan 60 Tahun Silat Cekak Pusaka Hanafi di Wisma Radio RTM pada Ahad.
Mohd Shuhaily berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam pada 10.50 malam semalam, yang menyebabkan seorang pekerja pembersihan cedera.

BERITA BERKAITAN: Lelaki Lingkungan 30-An, Berkulit Cerah Antara Ciri-Ciri Suspek Insiden Tembakan

BERITA BERKAITAN: Vannesa Reynauld Kongsi Detik Cemas Berdepan Insiden Tembakan - “Teman Lelaki Saya Melihat Mangsa Ditembak…”

BERITA BERKAITAN: Insiden Tembakan: Pusat Beli-Belah Disahkan Selamat - Polis

BERITA BERKAITAN: Lepaskan Lapan Das Tembakan Di Pusat Beli-Belah, Lelaki Warga Tempatan Sedang Dijejaki Polis

Beliau berkata, siasatan lanjut dan usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan polis Selangor dengan bantuan Bukit Aman dan beliau yakin kes berkenaan dapat selesaikan dalam masa terdekat.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pada Ahad dilaporkan berkata, suspek yang sedang diburu merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 30-an, berkulit cerah dan mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian menerusi Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024