Seorang ibu hamil yang juga seorang doktor baru-baru ini tular kerana positif Covid-19 telah selamat dikeluarkan bayinya ketika dia sedang dikomakan.

Ibu yang bernama Dr Fatihah Shaharudin itu melahirkan anaknya secara pembedahan dan kini kedua-duanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan lanjut.

Berita itu dikongsikan oleh seorang doktor di laman Twitter yang dikenali sebagai Dr Khairul Hafidz.



Dalam masa yang sama pihak keluarga Dr Fatihah juga turut berkongsi berita tersebut dengan memaklumkan ibu dan bayi berada dalam keadaan stabil.

“Syukur Alhamdulilah…Fatihah dah selamat melahirkan baby (tak pasti baby boy or girl) melaui proses c-sect.

“Both mommy and baby dalam keadaan stabil tapi masih di ICU. Berat baby 1.38kg,” kongsinya di Twitter.


Terbaharu, Maisarah memberitahu akaknya sudah mula sedarkan diri.


Terdahulu, tular seorang doctor yang bertugas di Hospital Kajang dan sedang hamil disahkan positif Covid-19.

Berita itu menyedihkan ramai terutama rakyat Malaysia kerana doktor tersebut merupakan petugas barisan hadapan.

Doktor itu dipindahkan dari Hospital Kajang ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lajut serta melahirkan anaknya.