Keserasian antara pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin tidak perlu dipertikaikan lagi sehingga ada peminat mula melabelkan mereka berdua sebagai pasangan romantik.

Tekan saja pada hashtag #Fattzura di laman sosial Instagram atau Twitter pasti peminat akan tersenyum melihat foto-foto Fattah dan Fazura yang merakamkan aksi-aksi ‘sweet’ mereka.

Baru-baru ini, pasangan sama cantik sama padan #Fattzura terbang ke Amsterdam untuk menjalani baki penggambaran drama bersiri terbaru, Hero Seorang Cinderella (HSC).

Menariknya, ada beberapa babak yang dilakonkan oleh Fattah dan Fazura kelihatan seperti situasi sebenar pasangan yang sedang melalui fasa berbulan madu.

Lebih-lebih lagi apabila melihat foto berbasikal yang dimuat naik oleh Fazura di Instagram peribadinya.

Rata-rata peminat menganggap lirikan mata dan juga senyuman Fattzura ketika bergambar sudah cukup untuk membuktikan mereka berdua sememangnya pasangan serasi.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan rasa tidak sabar untuk menyaksikan gandingan hebat kedua pelakon berkenaan.

Drama bersiri Hero Seorang Cinderalla adaptasi novel karya Anjell, bakal menemui penonton bermula malam ini di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Selain Fazura dan Fattah pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri ini ialah Uqasha Senrose, Zizie Ezette dan Jasmine Suraya.

Di bawah Astro Gempak kongsikan beberapa foto menarik untuk khas buat tatapan peminat #Fattzura:













Teks oleh: Mya Amri