,
Laman Utama

Berbekalkan SPM, Kelindan Lori Tak Sangka Dapat Terjun Ke Dunia Penerbangan!

Amri Hassan
19/07/2023
02:08 MYT
Siapa sangka hanya berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Muhammad Farid Farok yang dahulunya bekerja sebagai kelindan lori kini mengapai cita-citanya untuk bekerja dalam bidang penerbangan.
Farid, 24, anak muda yang berasal dari Johor itu tidak menyangka kehidupannya berubah 360 darjah selepas mengikuti kursus Cabin Crew, Customer Service & Basic Ground Handling selama tiga bulan dari Kolej dan Pusat Latihan Teknikal Meatech yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.

Belajar tiga bulan

Tekad untuk masa depan yang lebih cerah, Farid beralih bidang dan kini bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di bawah Malaysia Airlines.
“Selepas habis SPM saya terus bekerja sebagai kelindan lori, waktu itu fikir hanya untuk mencari duit. Tetapi kesan jangka panjang bekerja sebagai kelindan lori adalah masalah kesihatan kerana perlu mengangkat barang berat selain terlalu banyak duduk di dalam lori.
“Jadi, apabila terlihat peluang untuk belajar selama tiga bulan, saya cuba walaupun ketika itu langsung tidak tahu tentang dunia penerbangan.
“Alhamdulillah, saya belajar pada 2018 dan pada 2019 saya telah bekerja bersama Malaysia Airlines sebagai Ground Staff. Saya masih menimba ilmu kerana pada masa yang sama saya juga mencuba untuk menjadi seorang pramugara,” tutur Farid.

Suka melancong

Tambah Farid, meskipun langsung tidak mempunyai sebarang pengetahuan dalam bidang penerbangan tetapi pengambilan sijil di Kolej Meatech itu sangat membantu mempersiapkan dirinya untuk bekerja dalam bidang tersebut.
“Saya suka bekerja dalam bidang penerbangan kerana selain suka melancong, minda saya semakin terbuka apabila berjumpa pelbagai ragam pelanggan dari seluruh dunia,” kongsinya.

Ditawar jadi pramugari

Dalam pada itu seorang lagi alumni Kolej Meatech, Ainun Darayani Omar atau Dara, 28, yang sebelum ini merupakan seorang pemandu pelancong dan juga pembantu klinik veterinar tidak menyangka percubaannya untuk terjun ke dunia penerbangan membuahkan hasil.
Sebaik sahaja menamatkan kursus selama tiga bulan, Dara terus ditawarkan pekerjaan sebagai pramugari dan kini telah tujuh bulan terbang di awan biru.
“Sebelum ini saya bekerja di bidang pelancongan, tetapi kerana pandemik Covid-19 saya kehilangan kerja. Selepas itu, saya bekerja sebagai pembantu klinik veterinar. Walaupun pekerjaannya stabil tetapi saya kurang minat.
“Oleh itu, saya cuba mengambil kursus tiga bulan dan tidak sangka terus dapat kerja selepas itu. Sejak bekerja sebagai pramugari banyak perubahan positif pada diri saya terutamanya daripada aspek disiplin dan juga kemahiran komunikasi,” ujar Dara.

Peluang kerja golongan muda

Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Batik Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata, perkembangan agresif industri penerbangan pada masa kini telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda.
Terutama selepas pandemik Covid-19, ramai pekerja mahir dalam bidang penerbangan memilih untuk tidak kembali bekerja kerana telah memiliki pekerjaan lain atau perniagaan sendiri.
“Peluang untuk golongan muda memang terbuka luas kerana industri penerbangan memerlukan begitu ramai pekerja bagi mengisi semula ekosistem yang sebelum ini terjejas kerana Covid-19,” ujar Kapten Mushafiz.
Batik Air sendiri telah membuktikan perkembangan positif industri penerbangan kerana akan menambah 47 sehingga 50 pesawat pada tahun depan daripada 35 pesawat sedia ada.
“Ini baru Batik Air sahaja, belum syarikat penerbangan lain yang turut menambah pesawat masing-masing. Maksudnya lebih banyak perjalanan dibuka dan lebih ramai pekerja diperlukan.
“Jadi, dengan adanya kolej seperti Meatech ini memang sangat membantu kerana memudahkan syarikat penerbangan untuk mendapatkan pekerja yang berkemahiran,” kata Kapten Mushafiz yang ditemui pada Majlis Aviation Experience Day anjuran YEG Academy dengan kerjasama Kolej Meatech di Sama-Sama Hotel, Sepang, Selangor baru-baru ini.
Pada majlis Aviation Experience Day itu, sekitar 1,000 bakal pelajar telah menghadiri program tersebut yang turut memuatkan sesi perkongsian pengalaman bersama felo Kolej Maetech iaitu Zarul Umbrella dan juga pekerja-pekerja industri penerbangan.
Selain itu, Kolej dan Pusat Latihan Teknikal Meatech turut menawarkan program diploma untuk pelajar lepasan SPM seperti Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat, Diploma Pengurusan Operasi Penerbangan, Diploma Pengurusan Penerbangan Kargo, Pra Diploma Operasi Penyelenggaraan Pesawat dan Sijil Kemahiran Operasi Penyelenggaraan Pesawat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Viral

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

gempak
14/11/2024
15:44 MYT
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.
Hollywood

Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran

gempak
14/11/2024
13:55 MYT
Aktor Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock mengaku pernah bersikap buruk dan kurang sopan saat menjalani penggambaran filem.
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Jefri Nichol Dedah Bahagian Tubuh Wanita Yang Buat Dirinya Turn On, Okay Tiduri Kekasih Sebelum Kahwin

gempak
13/11/2024
14:55 MYT
Aktor Jefri Nichol baru menimbulkan sensasi apabila mengaku sudah tidur dengan lebih 20 wanita meski belum pernah berkahwin.
Unitar