Pasangan selebriti Korea popular, Rain dan Kim Tae Hee dilaporkan sedang bercuti di Itali.

Perkara itu disahkan menerusi satu laporan eksklusif oleh Dispatch hari ini.

Menurut laporan tersebut, Rain dan Kim Tae Hee melancong ke negara berkenaan sambil ditemani oleh bapa suaminya.

Sementara itu, foto-foto terbaru Rain dan Kim Tae Hee juga diambil ketika mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Leonardo Da Vinci pada Ahad.



Menurut Dispatch, foto-foto itu dirakamkan oleh media Taiwan yang berada di lapangan terbang tersebut.

Menariknya, menerusi foto-foto yang dikongsi itu jelas menunjukkan ‘baby bump’ Kim Tae Hee yang semakin membesar.

Bagaimanapun, pelakon itu kelihatan selesa ‘menyembunyikan’ ‘babybump’ daripada pandangan umum dengan menggunakan begnya.



Ini merupakan kemunculan pertama Kim Tae Hee atau lebih mesra dengan panggilan Tae Hee di khalayak ramai selepas hamil tujuh bulan.

Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji kecomelan ‘babybump’ aktres itu dan meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat bayi pasangan popular itu nanti.