Gaya Hidup
Bercuti Di Luar Negara Dengan Bajet Serendah RM500
Musim cuti sekolah tiba! Pasti ramai ibu bapa sedang merancang percutian bersama anak-anak tersayang.
Tahukah anda dengan bajet serendah RM 500, anda boleh melancong hingga ke luar negara?
Berikut kami senaraikan negara yang boleh anda lawati dengan bajet serendah RM500;
1. Singapura
Pasti ramai di antara anda yang ingin ke kota singa ini tetapi takut dengan nilai mata wangnya yang jauh lebih tinggi dari Malaysia kan? Tahukah anda bajet yang diperlukan untuk berkunjung ke nagara ini boleh mencecah serendah RM 200?
Pengangkutan:
Untuk berkunjung ke Singapura, kami sarankan anda untuk mengambil pakej bas yang boleh dinaiki dari Damansara. Anda bertolak dari Damansara – Singapura – Damansara. Untuk pakej ini, penginapan di Singapura tidak diperlukan kerana ia hanya memakan masa sehari. Pakej menaiki bas ini berharga serandah RM99 sahaja.
Makanan:
Singapura dan Malaysia tidak jauh beza dari segi makanan. Apabila berada di sana, anda boleh menikmati makanan yang popular seperti Murtabak Singapura. Selain itu anda disaran untuk mengambil makanan berat agar tidak mudah lapar semasa berjalan nanti.
2. Krabi, Thailand
Bagi mereka yang gemar untuk merehatkan minda di tepi pantai yang cantik, inilah destinasi yang sesuai untuk anda. Krabi terkenal dengan pulau-pulaunya yang cantik. Tiket penerbangan ke lokasi ini juga boleh jadi serendah RM 230 sahaja.
Penginapan:
Jangan risau tentang penginapan di sini. Terdapat pelbagai pilihan hotel dengan harga yang berpatutan. Anda hanya perlu pilih hotel yang dirasakan sesuai seisi keluarga. Anggaran harga untuk semalam boleh mencecah serendah RM 50. Pastikan anda buat pilihan bijak!
Makanan:
Bagi mereka yang beragama Islam, Krabi adalah destinasi yang tidak perlu anda ragui tentang makanan halal. Terdapat pelbagai pilihan makanan halal dan Tom Yam Kung adalah salah satu menu yang patut anda cuba. Selain itu, Krabi juga terkenal dengan ’street food’ mereka yang sedap dan murah!
3. Ho Chi Minh, Vietnam
Bandar Saigon yang juga merupakan ibu negara Vietnam ini sememangnya terkenal dengan peristiwa sejarah perang dan tempat untuk membeli belah. Antara tempat yang wajib dikunjungi adalah War Museum, Ben Thanh Market (membeli-belah), Chu Chi Tunnel dan macam-macam lagi.
Penginapan:
Kawasan ini terkenal dengan butik hotel mereka dan harga yang murah. Terdapat banyak pilihan hotel bertaraf dua dan tiga bintang yang sesuai untuk keluarga anda. Harganya boleh cecah serendah RM60, bergantung pada masa anda membuat tempahan. Dinasihatkan untuk membuat tempahan awal sebelum tarikh percutian.
Makanan:
Terdapat pelbagai pilihan makanan halal yang disajikan oleh pemilik restoran yang berbangsa muslim. Vietnam juga terkenal dengan makanan berkonsepkan sup dan sayur yang sedap dan murah.
4. Koh Samui, Thailand
Pulau yang terkenal dengan kebersihan dan keindahan alam ini merupakan salah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi. Pulau Samui ini juga sesuai untuk melakukan aktiviti air kerana dikelilingi pantai yang cantik.
Penginapan:
Tidak perlu risau tentang kos penginapan di sini. Kerana terdapat pilihan hotel dengan harga berpatutan serendah RM100-150. Jika anda datang bersama keluarga, pilihan hotel yang selesa dan murah sememangnya banyak.
Makanan:
Memang mudah untuk mencari makanan halal di sini kerana jumlah pelancong muslim yang semakin ramai. Makanan laut ala Thai merupakan salah satu kegemaran di kalangan pelancong.
5. Medan, Indonesia
Medan merupakan antara kota terbesar selain Jakarta dan Bandung. Jika di Bandung terkenal dengan syurga membeli belah, Medan juga tidak kurang hebatnya. Terdapat pelbagai pilihan kain ela dengan harga yang jauh lebih murah berbanding Bandung.
Peginapan:
Antara pakej percutian yang ditawarkan adalah serendah RM100 semalam. Anda boleh pilih untuk menginap di Sinabung Hill dan menikmati suhu sejuk di sana.
Makanan:
Jika berkunjung di Medan, masakan Padang adalah menu yang patut anda cuba. Selain terdapat banyak pilihan Ayam Penyet yang sedap dengan harga yang amat berpatutan.
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Sumber : Jelita.com, dyaanneesa.blogspot.com
Must-Watch Video