Bekas isteri Datuk ND Lala, Fauziah Sarman tampil mempertahankan dirinya apabila dilempar pelbagai tohmahan berhubung statusnya terkini.

Menerusi Instagram, Fauziah meluahkan rasa kesal apabila ada individu yang melabelkannya lapar publisiti.

"Masuk IG saya kata saya dan anak-anak saya lapar publisiti. Panggil saya musibat dan kutuk saya janda. Terima kasih hina kami.

"Awak terlahir pun dari seorang perempuan. Memalukan sungguh lelaki mulut macam awak ni!" tulisnya.

Fauziah turut berkongsi tangkap layar akaun individu yang menulis kata-kata tohmahan terbabit di media sosialnya.



Dalam pada itu, Fauziah membuat spekulasi bahawa individu berkenaan punyai pertalian darah dengan wanita yang didakwa 'penyondol' dalam rumah tangganya.

"Apa maksud musibat ye? Mentua bekas suami saya orang Melaka, saudara-mara penyondol tu ke?" soalnya.

Untuk rekod, ND Lala atau Amir Hamzah Salleh, 62, melafazkan cerai terhadap Fauziah menerusi pesanan Whatsapp pada 2 Ogos lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 1989 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.Dalam pada itu, Fauziah turut mempersoalkan panggilan musibat terhadap dirinya.

"Apa maksud musibat ye? Mentua bekas suami saya orang Melaka, saudara-mara penyondol tu ke?" soalnya.