,
Hiburan

Bergabung Dalam 'Biar', Achey Dan Tantari Mahu Sampaikan Mesej Yang Mendalam Buat Pendengar

Asyraf Roslan
12/09/2024
18:55 MYT
Buat julung kalinya, penyanyi, Achey bersatu bersama dengan penyanyi yang sedang meningkat naik, Tantari menerusi lagu berjudul ‘Biar’.
Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah,38, lagu yang ditulis sepenuh olehnya itu mengisahkan tentang realiti kehidupan, di mana kesempurnaan adalah sesuatu yang sukar dicapai.
“Menerusi lagu ini, saya dan Tantari cuba menyampaikan pesanan bahawa walaupun kita berusaha untuk mencapai kesempurnaan, kita perlu menerima hakikat bahawa kekurangan adalah sebahagian daripada kehidupan kita.
“Melalui lirik-lirik yang mendalam, lagu ini merangkumi aspek kehidupan yang kompleks di mana kesempurnaan bukanlah matlamat yang realistik.
“Saya mahu melalui lagu ini menyokong fahaman bahawa setiap kelemahan dan kekurangan dalam hubungan, sebenarnya, membawa kita lebih dekat kepada pemahaman tentang kebahagiaan yang sejati,” katanya.
Sementara itu, Tantari pula sangat terharu dapat bekerjasama dengan Achey menerusi lagu ini dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh peminatnya selama berada di dalam industri muzik.
“Tantari seronok dapat jemputan daripada abang Achey untuk menyanyi bersama dalam sebuah lagu. Ramai orang kenal dengan abang Achey. Ramai juga kata yang abang Achey adalah Tantari bila dah besar nanti”, katanya berseloroh.
“Segala sokongan yang diterima daripada peminat memberi Tantari semangat untuk buat yang terbaik dalam setiap persembahan.
“Saya banyak belajar daripada abah bagaimana untuk buat persembahan pentas sebab abah juga selalu buat persembahan dalam majlis-majlis kahwin”.
“Saya harap abah dan mak bangga dengan kejayaan Tantari sebagai seorang penyanyi dan saya juga akan ikut nasihat abah untuk belajar baik-baik di sekolah untuk dapat markah tinggi dalam peperiksaan”, ujarnya.
Sejak dilancarkan pada 30 Ogos lalu, lagu tersebut telah mendapat sambutan hangat peminat dengan meraih lebih 300,000 tontonan serta berada ditangga ke-13 trending di laman Youtube.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Achey Berang Pasangan Pilih Konsep 'Child Free' & Anggap Anak Beban - "Mak, Nenek Moyang Awak Pun Agak Menyesal Bila…”

gempak
01/07/2024
06:55 MYT
Tular video di laman sosial memperlihatkan sepasang suami isteri yang mengakui mereka memilih untuk berkahwin tapi tidak mahu zuriat yang mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya dan selebriti tempatan.
Hiburan

"Saya & Fad Bukan Berdiam Diri Tapi Doa Dari Jauh" - Achey Rayu Hidayah & Ali Segera Berdamai, Bimbang Anak-Anak Tanam Sifat Benci

gempak
19/03/2024
01:55 MYT
Bukan berdiam diri! Tegas pelawak Achey yang pernah sekumpulan dengan Allahyarham Abam Bocey, dia mengharapkan kemelut antara Nor Hidayah dan Syed Ali Puteh diselesaikan dengan segera.
Hiburan

Ucap Hari Lahir Buat Allahyarham Abam, Achey Sebak  - “Kesedihan Takda, Rindu Je Ada Ni”

gempak
20/01/2024
12:00 MYT
Al-fatihah buat Allahyarham Abam
Laman Utama

Achey Nak Bantu Rider Dapatkan Semula Motosikal Yang Disita - “Jangan Sampai Keluar Duit Sendiri”

gempak
14/09/2023
02:55 MYT
Alhamdulillah, ramai yang membantu.
Laman Utama

[VIDEO] Ernie Zakri Menangis Nak Beli ‘Candy Tiara’ - “Tolong Beritahu Kalau…”

gempak
25/08/2023
09:50 MYT
Sebak tengok jualan gula-gula anak Achey kan.l