,
Laman Utama

Bergelar Usahawan Produk Penjagaan Kulit, Fazura Tak Takut Isu 'Timbang Kilo'!

Asraf Aided
27/08/2020
09:44 MYT
Aktres jelita, Nur Fazura tidak takut seandainya timbul persepsi negatif mengatakan dia hanya menjenamakan semula produk penjagaan kulit miliknya, Fazura Skincare dari pembekal yang menjual secara 'timbang kilo'.
Menurut Fazura, dia tak mahu ambil peduli jika timbul dakwaan sebegitu kerana dia sendiri terlibat dalam proses penghasilan produk tersebut.
"Saya tak takut dengan persepsi itu kerana saya memang terlibat dalam proses penghasilan produk ini sejak awal lagi.
"Kalau nak cakap tentang persepsi, orang boleh cakap macam-macam, jadi terpulanglah, saya tak mahu ambil pusing tentang percakapan orang.
"Saya pun hasilkan produk yang sesuai untuk pelanggan, bukan syok sendiri, saya sendiri lakukan kajian untuk hasilkan produk ini," katanya.
Fazura berkata demikian ketika ditemui di majlis Tea Party With Fazura di Lightbox Sungai Buloh pada Selasa.
Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin ini, pihak Fazura Skincare juga mempunyai ahli kimia sendiri dan mereka tidak menggunakan bahan yang mendatangkan mudarat kepada kulit pengguna.
"Kami ada ahli kimia sendiri, malah bahan yang digunakan juga tidak mendatangkan mudarat kepada kulit.
"Sebagai contoh, dalam pencuci muka Fazura Skincare, ia tidak mengandungi Sulfate dan ternyata selamat untuk digunakan," katanya lagi.
Set eksklusif Fazura Skincare lengkap dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam juga serum bersaiz mini pada harga RM89.90 satu set.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Saya Minta Suami Kahwin Lain Sebab Muka Saya Tak Sempurna" - Mangsa Produk Merkuri Kongsi Derita Kulit Breakout

gempak
20/08/2024
20:25 MYT
Seorang wanita yang menjadi mangsa produk merkuri berkongsi 'penderitaannya’ melalui di platform media sosial TikToknya baru-baru ini.
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
Gaya Hidup

Getha Lancar Produk Baharu, Tampilkan Ciri-Ciri Inovatif Demi Keselesaan Pengguna

gempak
19/08/2024
17:55 MYT
Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Pameran Getha menawarkan peluang unik untuk orang ramai melihat dengan lebih dekat produk dan menjiwai warisan jenama ini.
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Hiburan

Diperakui Badan Antarabangsa, Fazura Akan Terus Bersuara Isu Negara Palestin - “Itu Adalah Jihad Kecil Saya..”

gempak
23/07/2024
16:00 MYT
Seringkali aktif dalam menyuarakan hal berkaitan negara Palestin, pelakon Fazura tidak terkesan sekiranya kurang mendapat tawaran bekerjasama jenama internasional.