,
Laman Utama

Beri Al-Quran Secara Percuma, Inul Daratista; "Ini Bukan Endorsement!"

Asraf Aided
19/09/2021
12:40 MYT
Penyanyi dangdut popular Indonesia, Inul Daratista bermurah hati memberikan kitab suci Al-Quran kepada beberapa pengikutnya di Instagram.
Inul membuka ruangan komennya kepada 20 orang yang bertuah untuk menerima naskah Al-Quran bersaiz besar seperti yang dibacanya.
"Pemberian Al-Quran jumbo, memenuhi janji saya buat teman-teman yang bertanya kemarin.
"Al-Quran besar yang saya baca, ini mahu diberi Al-Qurannya buat 20 yang beruntung.
"Teman-teman yang mahu silakan komen dibawah ya, nanti akan dipilih bersama team saya," tulisnya.
Sementara dalam entri berlainan, Inul menjelaskan pemberian Al-Quran itu tidak berkait dengan penglibatan mana-mana pihak penjual, sebaliknya ikhlas daripadanya sendiri.
"Sekarang saya bagi cukup banyak, tapi bersabar, ditempah banyak biar lebih banyak kebahagiaan.
"Ini bukan endorse! murni dari saya secara peribadi dan keluarga," kongsinya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan respon positif, ramai juga yang mendoakan kesejahteraan buat penyanyi kesayangan ramai itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tarik Tudung Isteri Hingga Tertanggal Hanya Kerana Minta Beli Gincu

gempak
05/09/2024
13:25 MYT
Insiden di sebuah pasar raya mini di Indonesia pada minggu lalu yang dirakamkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) itu dikongsikan @vhiras5 di TikTok dan pemilik akaun @folkshitt di Instagram.
Terkini

Tanah Jerlus Masjid India: Lokasi Terus Jadi Tumpuan, Tular Hingga Ke Indonesia

gempak
02/09/2024
02:33 MYT
Seorang pelancong dari Indonesia, Effy Susanti Umar Said, 46, berkata, berita mengenai kejadian terbabit diketahui menerusi aplikasi TikTok yang tersebar secara meluas di negaranya.
Berita

Sweden Dakwa Pelaku Biadab Bakar Al-Quran

gempak
30/08/2024
15:55 MYT
Pendakwa raya kanan, Anna Hankkio berkata, warga Iraq, Salwan Momika dan pembantah bersama, Salwan Najem didakwa melakukan perbuatan provokasi melampau itu menerusi empat kejadian pada musim panas tahun lalu.
Terkini

Pawang Gagal 'Hentikan' Hujan Diusir

gempak
29/08/2024
06:56 MYT
Pejabat Gabenor Aceh melahirkan rasa kesal dengan kehadiran seorang bomoh hujan di stadium Harapan Bangsa bagi melakukan upacara 'menghentikan' hujan kerana disifatkan sebagai tidak selari dengan syariat Islam.
Hiburan

Konsert Cokelat Kembali 7 September Di KL Batal!

gempak
28/08/2024
04:03 MYT
Konsert kumpulan dari Indonesia, Cokelat yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, di sini, pada 7 September ini dibatalkan.