Juruterbang Kapten Syed Abdul Aziz mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya mendaratkan sebuah pesawat A380 dalam keadaan angina kencang.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @twt_muo berkongsi sepotong video menunjukkan pendaratan pesawat Etihad di Lapangan Terbang Heathrow, London dalam keadaan yang lancar.

“Pendaratan pesawat A380 milik Etihad di Lapangan Terbang Heartrow, London dalam keadaan angin kencang oleh juruterbang warganegara Malaysia.

“Beliau ialah Kapten Syed Abdul Aziz bekas juruterbang Caribou TUDM dan bekas juruterbang MAS,” tulis pengendali akaun terbabit menerusi satu kicauan.

Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, pesawat tersebut berdepan situasi ‘crosswind’ yang menyebabkan angin kencang.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya turut berbangga dengan pencapaian juruterbang Malaysia itu.

Malah, tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman berdepan situasi ‘crosswind’ yang menakutkan.

“Pernah ada dalam kapal yang situasi macam tu. Mula-mula kita relaks then kapal bergoyang teruk. It's okay boleh relaks lagi. Bila dah dengar orang lain mengucap, baby menangis, laki peluk bini, mana tak cuaknya. But alhamdulillah selamat sampai. Thank you Malindo Air,” tulis seorang wargamaya.

“Kemahiran crosswind dia power! Boleh turn macam tu je. Berpengalaman betul. Salute!” puji seorang wargamaya.

“Kalau saya penumpang, rasanya dah muntah hijau atau pengsan terus. Huhu. Alhamdulillah selamat,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan dan 13,000 ulang kicau daripada warga Twitter.