Penyanyi Wani Kayrie tidak menafikan tentang persaingan dengan penyanyi-penyanyi baru yang mudah meningkat naik dengan cepat.

Menurut Wani yang sudah berkecimpung lebih sedekad dalam sebagai anak seni itu, dia percaya kepada proses yang perlu dilalui untuk mencapai kejayaan.

"Memang ada persaingan, terutama dengan penyanyi baru yang dapat naik dengan cepat.

"Bagi saya, kalau nak berjaya tak semestinya kita perlu masa yang cepat, saya percaya pada proses yang perlu dilalui," katanya yang baru tampil dengan single berjudul Jangan Terlepas Pandang.

Artis di bawah naungan Rocketfuel Entertainment ini menambah, perkara yang lebih penting adalah untuk kekal relevan dalam industri hiburan tanah air.

"Apa yang penting adalah untuk kita bertahan dan kekal relevan dalam bidang hiburan untuk satu tempoh yang lama, itu yang saya fikirkan," katanya lagi.

Jangan Terlepas Pandang boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi kesemua syarikat telekomunikasi tempatan selain boleh dinikmati menerusi penstriman atas talian di Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Sementara video lirik rasmi lagu ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.