Laman Utama

Bersemutnya Foto Yuna & Suami... Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ketiga - "Saya Wanita Paling Bertuah!"

gempak
Asraf Aided
26/01/2021
09:20 MYT
Sponsor Banner
Bersemutnya Foto Yuna & Suami... Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ketiga - "Saya Wanita Paling Bertuah!"
Penyanyi popular bertaraf antarabangsa, Yuna menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ketiga bersama suami, Adam Sinclair hari ini.
Yuna berkongsi foto beserta kata-kata manis sempena hari istimewanya itu di akaun Instagram miliknya.
"Selamat ulang tahun perkahwinan kepada teman hidup saya selamanya, setiap perkara dalam hidup saya tidak cukup sempurna sehinggalah saat kita bertemu.
"Awak buat saya ketawa, awak membahagiakan dunia saya, saya lah wanita yang paling bertuah," tulis Yuna sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut penyanyi berbakat ini turut menulis ucapan, tidak kurang juga rakan-rakan industri.
Antara figura yang menulis ucapan adalah Nur Fazura, Liyana Jasmay, Bunga Citra Lestari, Hatta Dolmat dan ramai lagi.
Dalam pada itu, Adam turut mendedikasikan ucapan buat isteri tercintanya itu di Instagram.
"Selamat ulang tahun untuk pasangan penjelajah saya, walaupun kita tidak mengembara sejak kebelakangan ini, saya masih menemui banyak perkara tentang awak, love you yang!," tulisnya.
Terdahulu, Yuna dan Adam disatukan pada 26 Januari 2018 dalam sebuah majlis indah di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.
Happy anniversary to Yuna & Adam!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live