Skip to main content

Selebriti

Erra Fazira Terbuka Dengan Gelaran Primadona, Hargai Pandangan Orang Ramai - “Nak Gelar Pun Boleh, Tak Gelar Pun Boleh, Acara Bebas”

Erra Fazira Terbuka Dengan Gelaran Primadona, Hargai Pandangan Orang Ramai - “Nak Gelar Pun Boleh, Tak Gelar Pun Boleh, Acara Bebas”

Sekilas

  • Erra Fazira menganggap gelaran primadona sebagai satu penghargaan yang datang dari pandangan orang ramai, bukan sesuatu yang perlu dibanggakan secara berlebihan.
  • Erra tidak berkecil hati jika ada yang tidak menganggapnya sebagai primadona kerana setiap individu mempunyai pandangan dan penilaian tersendiri.
  • Gelaran primadona juga membawa tanggungjawab besar, dan Erra berpendapat seseorang perlu melengkapkan diri dari pelbagai sudut untuk layak memegang gelaran itu.
Advertisement

Pelakon, Erra Fazira menganggap gelaran primadona yang sering diberikan kepadanya sebagai satu penghargaan dan tidak pernah meletakkan gelaran tersebut sebagai sesuatu yang perlu dibanggakan secara berlebihan.

Menurut Erra, gelaran tersebut bukanlah sesuatu yang boleh diberikan oleh dirinya sendiri, sebaliknya terpulang kepada pandangan orang ramai untuk menilai dan mengiktiraf seseorang anak seni.

Advertisement

“Sebenarnya gelaran primadona itu bukan kita yang beri, jadi kalau orang nak gelar pun boleh, tak gelar pun boleh, orang kata acara bebas.

“Jadi saya rasa kita tak payahlah nak ‘peluk’ sangat gelaran itu, kalau orang bagi, maknanya itu Allah yang bagi mata mereka melihat kita sebegitu,” katanya kepada Gempak.

Erra berkata demikian ketika ditemui selepas program Meletop di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.

Dalam pada itu, Erra berkata dia tidak berkecil hati sekiranya ada pihak yang tidak menganggap dirinya sebagai primadona kerana setiap individu mempunyai pandangan dan penilaian tersendiri.

Advertisement

Ujarnya lagi, gelaran tersebut bukan sekadar satu pengiktirafan, malah turut hadir bersama tanggungjawab besar yang perlu digalas dalam membawa nama primadona tersebut.

“Bagi saya, chill-chill sahaja. Saya okay sahaja kalau orang menggelarkan saya primadona, itu satu tanggungjawab juga untuk membawa nama tersebut.

“Kalau bercakap tentang primadona, saya rasa kena cover every angle untuk melengkapkan gelaran itu.

“Tetapi kalau seseorang itu tidak melihat kita dari sudut itu, pada saya tak mengapa kerana pandangan masing-masing juga berbeza,” jelasnya.

Terdahulu, satu hantaran di Threads mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila membincangkan nama-nama artis yang dianggap layak menyandang gelaran primadona.

 

Anda mungkin berminat dengan

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Shawl Cotton Jersey Ironless Sejuk Lembut Jahitan Baby Seam

Shawl Cotton Jersey Ironless Sejuk Lembut Jahitan Baby Seam

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement