Di sebalik kontroversi melanda perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 semalam, pastinya kemenangan Malaysia menewaskan Indonesia antara momen paling berharga buat kita sebagai rakyat.

Antara menarik perhatian adalah gelagat anak lelaki kepada pelakon Nadiya Nisaa, Omar Saiful Razman.

Menerusi Instagram (IG) Story , Nadiya memuat naik video yang memaparkan gelagat Omar menonton perlawanan berkenaan.

Dengan penuh semangat, Omar kelihatan tidak senang duduk ketika menyaksikan peratarungan antara skuad Harimau Malaya menentang Garuda.

"Lima minit terakhir telah menggangu perasaan ibu yang ada anak macam ini," katanya pada IG story berkenaan.

Tidak terhenti di situ, Nadiya turut berkongsi rakaman Omar yang mengalirkan air mata selepas Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia.

"Ultras Malaya, macam inilah perasaan kegembiraan itu ya," katanya.




Terdahulu Malaysia meraih tiga mata selepas menewaskan Indonesia 3-2 dalam aksi pertama Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Bung Karno, Jakarta.

Walaubagaimanapun, perlawanan berkenaan dicemari dengan insiden malang apabila penyokong Indonesia mula menyerang tempat duduk penyokong Malaysia.

Selain balingan botol daripada penyokong tuan rumah, penyokong Garuda turut melempar suar.

Lebih teruk lagi, skuad bola sepak negara terpaksa dibawa menaiki kereta perisai jenis Barracuda milik pihak berkuasa Indonesia keluar dari stadium bagi memastikan keselamatan mereka.


BACA: Lepas Tewaskan Garuda, Harimau Malaya Balik Hotel Naik Barracuda!