Pelakon Jasmin Hamid mengatakan dia tidak akan pernah lupa akan jasa baik pengacara sensasi, Azwan Ali terhadapnya.

Menurut Jasmin, Azwan atau kini lebih dikenali sebagai Diva AA pernah berkongsi ilmu tentang selok belok dunia pengacaraan kepadanya suatu ketika dahulu.

"Mohon jaga lisan! Selepas bertahun tak jumpa, Allah izinkan kami berjumpa kembali..Masih sama, ramah dan sporting.

"Saya tak akan lupakan jasa beliau kerana beliau pernah curahkan ilmu sebagai pengacara pada saya masa pertama kali saya jadi pengacara dan kami digandingkan bersama untuk sebuah rancangan hiburan di RTM dulu," kongsi Jasmin di Instagram.

Mengulas lanjut tentang detik yang diimbas kembali itu, Jasmin akui sangat gementar ketika pertama kali bekerjasama dengan Diva AA.

Bagaimanapun menurutnya, pengacara sensasi itu tidak lokek memberi bimbingan kepada pendatang baru.

"Hendaknya masa itu, first time saya jadi pengacara dan digandingkan pula dengan pengacara hebat Malaysia, nervous gila saya.

"Walaupun beliau seorang yang hebat dalam kerjayanya tapi beliau tetap kongsikan ilmu dan beri bimbingan pada saya sebagai orang baru. Buatkan saya rasa selesa bekerja dengan beliau," kongsinya lagi.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen meninggalkan respon positif, ada juga yang mengimbas pelbagai momen Azwan Ali suatu ketika dahulu.

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)


Terbaru, Diva AA mencetuskan kontroversi apabila bercadang mahu mengemukakan saman terhadap seorang selebriti wanita yang didakwa melakukan fitnah terhadapnya.

Diva AA berkata, tindakan tersebut diambil kerana selebriti tersebut telah mengaitkan kemewahan dirinya dengan seorang menteri sebelum ini yang dipercayai Azmin Ali.

Pada 16 Ogos lalu, Gempak melaporkan Diva AA telah membuat laporan polis berhubung isu terbabit.

BACA: Selepas Keluar Kenyataan Nak Saman RM5 Juta, Diva AA Selesai Buat Laporan Polis Terhadap Selebriti Wanita

Terdahulu, kontroversi mula tercetus apabila Diva AA menegur cara berpakaian seorang selebriti wanita di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima suntikan vaksin.

Selebriti wanita itu kemudiannya bertindak membalas ciapan Diva AA di Instagram kerana terkejut dengan perkataan 'b*rit mak hang' yang ditulis pengacara berkenaan.