Tular di media sosial apabila fenomena alam luar biasa berlaku di beberapa kawasan sekitar Cyberjaya dan Puchong lewat petang semalam.
Menurut perkongsian netizen di Internet, berlaku guruh dengan bunyi seakan-akan kereta api berat dalam tempoh lebih kurang seminit di kawasan-kawasan terbabit.
Malah, ada yang sempat menyaksikan cetusan kilat dalam formasi melintang selepas suasana senja dengan matahari jingga terang waktu yang sama semalam.
Mengulas mengenai kejadian tu dalam sudut agama, pendakwah selebriti PU Amin menyampaikan pesanan dan ingatan buat semua.
"Apa yang berlaku semalam satu petanda. Begitulah situasi yang akan dihadapi manusia, bila matahari pula terbit di bahagian barat.
"Ketika itu pintu taubat sudah tertutup, manusia pula tidak berasa mahu meminta ampun. Mereka tertipu dengan kesenangan dan keseronokan hidup.
"Ada pula manusia yang langsung tidak mengendahkan fenomena matahari terbit di bahagian barat, padahal itu adalah tanda kiamat besar bakal berlaku.
"Mereka hanya ambil kamera dan simpan gambar gambar menarik matahari bila terbit di bahagian barat .
"Dua tiga hari ni Allah Swt tunjukkan sesuatu, kiamat berlaku dengan cara yang diberitahu.
"Allah bagi teaser dulu. Masa nak kiamat nanti, langit gelap, matahari hilang cahaya, asap keluar dari perut bumi, gempa bumi dan hancur kesemua nya sekali.
"Bertaubatlah. Aku dan kamu," tulisnya menerusi entri di Facebook.
Sementara itu, di media sosial pula ramai yang mula berkongsi fenomena alam petang semalam dalam sudut pandangan tersendiri.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: PU Amin
Amri Hassan
Wed Aug 01 2018
“Ya Allah Harus Dengan Cara Apa Lagi?” Sudah Mohon Maaf Tapi Terus Dikecam, Wanita Dakwa Tak Dengar Azan Di Malaysia Ini Akui Penat
Wanita itu terus dihenyak kecaman sehingga ramai dalam kalangan netizen menyerang akaun Facebook dan Instagram miliknya.
Bermusafir Tak Perlu Solat Jumaat? Ini Penerangan Ustaz Azhar Idrus
Menurut Azhar Idrus, pendapat muktamah dalam mazhab adalah, jika seseorang itu keluar bermusafir sebelum waktu Subuh, maka gugurlah kewajipan solat Jumaat.
Fatimah ‘The Family UK’ Alami Pendarahan Tanpa Henti Selepas Pembedahan, Keluarga Mohon Teruskan Doakan Puteri Kesayangan
Personaliti media sosial cilik yang dikenali sebagai Fatimah dilaporkan mengalami pendarahan tanpa henti selepas melakukan prosedur pembedahan biopsi pada minggu lalu.
Neera Azizi Kini Bertudung, Dapat Hidayah Dalam Mimpi - “Tiga Malam Berturut Saya…”
Pelakon Neera Azizi kini tampil berhijab selepas tiga malam dia bermimpi dirinya memakai tudung sebaik sahaja pulang dari menunaikan umrah sebulan yang lalu.
Ara Johari Pelik Kenapa Ramai Dakwa Dirinya Semakin Kurus
Penyanyi Ara Johari mengakui teguran terhadap badannya yang dikatakan kelihatan semakin kurus sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya.
Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam
Pelakon Abby Abadi kongsi video memperlihatkan momen dengan anak perempuannya iaitu Marrisa Dania Hakim menerusi akaun TikTok miliknya.
Isu SMDX, Pengurusan Mohon Maaf Tampil Beri Penjelasan - “Kami Mengaku Banyak Lagi Perlu Dipelajari”
Syarikat pengurusan XIOKK Entertainment akhirnya tampil memberikan penjelasan berhubung beberapa isu tular yang melanda artis di bawah naungannya iaitu SMDX.
Layan Lagu-Lagu Kenangan Disko Funk & Pop Retro Bersama Sheila Majid & Diskoria 14 Jun Ini!
Kumpulan Duo DJ Indonesia yang terkenal dengan gabungan lagu disko funk dan pop retro, Diskoria bakal menggegarkan pentas Zepp KL 14 Jun ini.
Search Bakal Adakan Konsert Orkestra Pertama! - "Peminat Akan Dengar Bunyi-Bunyi 'Mahal'"
Buat pertama kali, kumpulan Search bakal mengadakan konsert diiringi okestra berjudul Search Symphonic Live In Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung 21 September di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Kereta Push Start Button Senang Dicuri, Ini Langkah Berjaga-Jaga Yang Perlu Dipertimbangkan
Teknologi yang canggih tidak semestinya selamat. Menurut Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC), kereta yang dilengkapi dengan teknologi butang ‘push start’ boleh dicuri dalam masa kurang daripada satu minit.