Pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman yang memilih dan membeli segala barangan mewah untuknya sejak perkenalan sehingga mereka berkahwin.
Intan turut memberitahu suaminya juga sentiasa akan memastikan segalanya sempurna dan kelihatan cantik untuk mereka sekeluarga.
“Sejak hari pertama, dialah yang membeli dan memilih semua beg dan barang cantik untuk saya.
“Semasa saya mengandung, dia membawa saya ke seluruh dunia semata-mata untuk menyiapkan segala-galanya.
“Suami saya seorang yang perfectionist, dia hanya mahu segala-galanya kelihatan cantik untuk kami, seperti dia menyusun dunia impian kecil untuk kami,” kongsinya.
Intan berkongsi perkara itu menerusi platform Threads miliknya.
Kehidupan bahagia
Pada perkongsian yang sama, Intan turut meluahkan rasa syukur kerana dapat menjalani kehidupan yang bahagia disebabkan suaminya itu.
“Saya dan Lunara menjalani kehidupan yang dia bina dengan penuh kasih sayang untuk kami, dan itu sangat bermakna.
“Kalau nampak saya pakai cantik-cantik tu, tu semua suami saya pilih dan belikan! Tahniah kepada suami saya!” katanya lagi.
Sekadar info, pelakon drama Racun Raihana itu telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu.
Intan melahirkan cahaya mata pertama bernama Imane Lunara secara pembedahan pada 15 Disember tahun lalu.