Sekilas
- Bella Astillah tular menyanyikan lagu Mandarin dengan fasih semasa menghiburkan tetamu di sebuah majlis.
- Dia memakai pakaian pengantin tradisional Cina sebagai tanda hormat kepada majlis tersebut.
- Netizen kagum dengan kebolehan Bella menyanyi dalam bahasa Mandarin dan mendedahkan dia pernah belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina di Sandakan.
Pelakon, Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tular sebuah video memaparkan dirinya menyanyikan lagu berbahasa Mandarin.
Menerusi video yang tular di Threads, Bella yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu dilihat cukup fasih menyampaikan lagu berkenaan semasa menghiburkan tetamu yang hadir.
Malah, suasana majlis turut bertambah meriah apabila tetamu yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk menari dan berjoget secara santai sambil menikmati persembahan Bella.
Menariknya lagi, menurut beberapa komen yang diberikan, Bella juga turut memakai pakaian pengantin tradisional cina bagi menghormati majlis berkenaan.
Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kebolehan Bella menyanyikan lagu Mandarin dan suaranya sedap didengar selain sebutannya juga jelas.
Sementara itu, di ruangan komen juga, seorang netizen turut mendedahkan bahawa Bella pernah menuntut di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Sandakan, Sabah.
Antara komen yang diterima:


Sumber: Threads