Skip to main content

Selebriti

“Penat, Sakit, Susah Biar Saya Yang Rasa, Anak-Anak Tak Perlu…” - Dr Fie Tawfek

“Penat, Sakit, Susah Biar Saya Yang Rasa, Anak-Anak  Tak Perlu…” - Dr Fie Tawfek

Sekilas

  • Dr Fie berkongsi tentang kasih sayang dan pengorbanan sebagai ibu yang sanggup hadapi segala cabaran demi kebahagiaan anak-anaknya.
  • Dia menegaskan akan sentiasa melindungi anak-anak dan menjadi sumber kekuatan utama dalam hidupnya.
  • Dr Fie baru sahaja berkahwin dengan Kapten Amrul Nizar dan mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu.
Advertisement

Personaliti media sosial, Dr Fie meluahkan isi hatinya mengenai kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak yang menjadi keutamaan dalam kehidupannya.

Menurut Dr Fie atau Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek sebagai seorang ibu, dia tidak kisah sekiranya terpaksa melalui pelbagai kesukaran, cabaran mahupun kekecewaan asalkan anak-anaknya tidak perlu berdepan dengan perkara sama.

Advertisement

“Saya bekerja keras demi anak-anak dan saya sanggup mengorbankan hampir apa sahaja untuk pastikan mereka berada dalam keadaan baik,” tegasnya.

Dalam hantaran Instagram yang sama, Dr Fie juga menegaskan dirinya akan sentiasa menjadi individu paling hadapan untuk melindungi anak-anak dalam apa jua keadaan.

Malah, segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan selama ini adalah demi anak-anak yang menjadi sumber kekuatan terbesar untuk dirinya terus melangkah ke hadapan.

Advertisement

“Apa saja yang saya perlu korbankan, saya sanggup. Penat, sakit hati, susah... biarlah saya yang rasa, asalkan anak-anak saya tak perlu.

“Saya akan cuba sempurnakan segala-galanya untuk mereka, tapi satu perkara saya pasti, saya Afifah Hidayah, ibu anak-anak ini akan lindungi anak-anak saya sehabis daya saya.

“Saya akan berdiri di depan mereka bila mereka perlukan perlindungan, dan saya akan terus berjuang selagi saya mampu.

“Kerana pada akhirnya, setiap kali melangkah ke penghujung hari yang panjang, saya tahu setiap pengorbanan yang dilakukan adalah untuk mereka.

“Anak-anak saya merupakan sebab terbesar untuk saya terus kuat dan melangkah ke hadapan,” jelasnya.

Terdahulu, Dr Fie dan Kapten Amrul Nizar selamat diijabkabulkan pada 1 November lalu.

Dr Fie menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.

Untuk rekod, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama Nubhan pada Ogos 2015 sebelum mereka disahkan bercerai talak dua pada Disember tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

Sumber: Instagram @drfietawfek

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement