Skip to main content

Selebriti

Mualim Muda 2: Alami ‘Stage Fright’, Syafiq Tiba-Tiba ‘Hilang’ Ketika Persembahan - “Rasa Seram Sejuk, Nafas Tak Teratur…”

Mualim Muda 2: Alami ‘Stage Fright’, Syafiq Tiba-Tiba ‘Hilang’ Ketika Persembahan - “Rasa Seram Sejuk, Nafas Tak Teratur…”

Sekilas

  • Syafiq dari Mualim Muda 2 mengalami detik cemas apabila hilang fokus dan ‘blank’ semasa persembahan secara langsung, dipercayai akibat sindrom darah gemuruh.
  • Syafiq tiba-tiba menjadi ‘lost’ dan terdiam seketika ketika membuat persembahan di atas pentas.
  • Syafiq diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir dengan markah 53%, menerima keputusan itu dengan reda dan menganggap rezeki sudah sampai di situ.
Advertisement

Mualim Muda, Syafiq mengakui dirinya berdepan detik cemas apabila tiba-tiba menjadi ‘blank’ dan hilang fokus ketika membuat persembahan dalam program Mualim Muda 2.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Mohammad Syafiq Mohd Nasrun, 31, dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar kejadian tersebut namun menyifatkan pengalaman berkenaan seolah-olah dirinya hilang seketika dan tidak mampu mengawal keadaan sehingga menyebabkan dia terdiam.

Advertisement

Malah, Syafiq berkata dia juga turut gagal memberikan perhatian kepada arahan untuk melihat skrin LED di belakang pentas sehinggalah teguran daripada Ustaz Kazim membuatkan dirinya kembali tersedar.

“Saya tak tahu apa yang berlaku cuma apa boleh saya katakan rasa macam mimpi. Saya seperti ‘hilang’, ‘lost’ tak tahu macam mana.

“Hatta semasa prof suruh tengok skrin di belakang pun saya rasa tak boleh nak buat. Nak tengok led pun tak boleh sehinggalah Ustaz Kazim bercakap baru saya rasa seperti tersedar,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Syafiq turut memaklumkan dia ada mendapatkan penjelasan daripada pasukan medik berhubung keadaan yang dialaminya.

Advertisement

Hasil perbincangan itu, dia diberitahu bahawa situasi berkenaan berkemungkinan berpunca daripada sindrom stage fright atau darah gemuruh yang menyebabkan dirinya mengalami beberapa perubahan fizikal secara tiba-tiba.

“Saya juga ada bertanyakan hal tersebut kepada pasukan medik, mereka kata itu adalah sindrom ‘stage fright’, darah gemuruh.

“Saya rasa seram sejuk, nafas tidak teratur, tekak kering selepas itu saya terus ‘hilang’.

“Kalau tengok masa sesi latihan, memang jauh bezanya, tapi itulah sebab yang penting atas pentas semasa sesi siaran langsung, bukannya waktu latihan,” ujarnya.

Mengulas mengenai penyingkirannya, Syafiq berkata dia sudah menjangkakan bakal tersingkir selepas namanya diumumkan berada dalam kelompok tiga peserta terbawah.

“Masa nama saya diumumkan berada dikedudukan tiga terbawah lagi saya dah jangka akan tersingkir. Bahkan semasa saya ‘lost’ seketika semasa pertengahan persembahan itu pun dah boleh jangka.

“Tapi saya okay sahaja, Allah dah pilih rezeki saya hanya sampai di sini sahaja,” ulasnya.

Minggu ketiga menyaksikan Mualim Muda Syafiq diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir dengan peratusan markah sebanyak 53.00 peratus.

Berada di kedudukan tiga terbawah, Syafiq yang menyampaikan topik Tekanan Menjadi Perfect dengan tema yang diberikan iaitu Titik Terendah terpaksa akur dengan keputusan tersebut.

Untuk info, Kesemua peserta dinilai oleh barisan juri yang berpengalaman iaitu Datuk Ustaz Kazim Elias, Ustazah Asni Mansor dan Prof. Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff.

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud kembali sebagai Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta.

Musim ini juga turut menampilkan Atu Zero digandingkan bersama dengan penyanyi nasyid Fakhrul UNIC untuk mengemudi pentas sebagai hos program. 

Program Mualim Muda bersiaran secara serentak di Astro Oasis (saluran 106) dan juga Astro Prima (saluran 105) bermula 31 Oktober 2026, Sabtu, juga boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement