BERITA
Bertukarlah Pada Huawei Nova 3 & Huawei Nova 3i Sekarang, Lima Perkara Ini Pasti Buat Anda Tidak Menyesal
Huawei Malaysia telah melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu Huawei Nova 3 serta Huawei Nova 3i dengan empat variasi warna pilihan untuk pasaran tempatan.
Koleksi terbaharu daripada Huawei ini mengetengahkan tren warna baru yang dikenali sebagai ‘Iris Purple’. Ia akan memberikan dua tona warna yang terhasil daripada beberapa lapisan gelas dipanel belakang telefon pintar.
Malah, Huawei Nova 3 dan Huawei Nova 3i juga dilengkapi dengan paparan penuh skrin peranti hadapan bersaiz 6.3 inci, yang membolehkan beberapa sudut tontonan yang padat dan teknologi pengecaman wajah yang lebih efisyen.
Berikut kami senaraikan ciri-ciri menarik yang ada pada telefon pintar Huawei Nova 3 dan Huawei Nova 3i.
1) Kamera Swafoto 24MP + 2MP Sokong AI
Ternyata dwi lensa pada kamera hadapan iaitu 24MP + 2MP dengan sokongan AI mampu memberi kepuasan kepada semua orang yang sering mengambil swafoto dengan lebih sempurna.
Dengan fungsi kuasa kamera AI, kamera smartphone ini mempunyai kelebihan untuk mengawal fokus objek yang berada pada jarak jauh manakal satu lagi akan bertindak sebagai lensa lebar (wide lens) agar foto-foto yang diambil lebih versatile, menyerupai keadaan sebenar padangan mata manusia.
Huawei Nova 3 tampil dengan lensa duo dengan 24MP + 16MP dan Huawei Nova 3i didatangkan dengan lensa 16MP + 2MP bagi menghasilkan gambar dengan kesan bokeh tahap professional.

Biarpun lensa belakang telefon ini kelihatan berkembar, namun setiap lensa memiliki fungsi yang berbeza untuk mengecam lebih dari 22 senario melalui kamera belakang dan 8 senario melalui kamera hadapan yang melangkaui lapan kategori seperti Blue Sky, Plant, Flower, Beach, Stage Performance, Night, Room dan Snow
2) Kapasiti Storan 128GB
Seolah-olah memahami kehendak pengguna masa kini yang memerlukan fungsi kapasiti storan besar untuk menyimpan foto, pelbagai aplikasi dan video.
Huawei Nova 3 dan Huawei Nova 3i kini tampil dengan kapasiti storan sebesar 128GB.

Dengan adanya Huawei Nova 3 dan Huawei Nova 3i anda kini tidak perlu risau kerana setiap peranti ini datang dengan kapasiti storan yang besar dan kapasiti ini jauh meninggalkan peranti-peranti lain dalam kelasnya.
3) Prestasi Tinggi Setiap Hari
Cip pemprosesan Kirin merupakan cip pemprosesan yang dihasilkan oleh Huawei sendiri untuk peranti-peranti mereka.
Mungkin dahulu nama cip ini tidak dikenali ramai namun Huawei berjaya membuktikan bawa cip Kirin yang dihasilkan mereka semakin lama semakin laju.
Huawei Nova 3 dilengkapi dengan Kirin 970 manakala Huawei Nova 3i juga turut dilengkapi dengan Kirin 710 iaitu keupayaan AI tanpa NPU.

Nova 3i merupakan peranti pertama yang menghadiri dengan cip pemproses Huawei Kirin 710 dengan kelajuan 2.2GHz, di bawah 4GB RAM dan 128GB ROM cukup memadai untuk penggunaan seharian.
Huawei keluaran ini juga mempunyai GPU Turbo yang boleh dikatakan teknologi yang dinanti-nantikan oleh kaki gamer.
Ia bukan sahaja mampu mempertingkatkan prestasi peranti dengan kelajuan yang unggul, bahkan pengalaman bermain permainan PUBG Mobile dan Mobile Legends juga lebih lancar dan mempunyai grafik yang menonjol.
Kecerdasan buatan ini memastikan peranti kekal lancar dengan menganalisa corak penggunaan peranti oleh pengguna, dan mengoptimasikan prestasi serta memudahkan pengguna menjalankan aplikasi secara serentak.
4) Pilihan Warna Menarik
Tidak seperti kebanyakkan telefon pintar yang ada di pasaran, Huawei Nova 3 mempunyai tiga pilihan warna iaitu Merah, Ungu Iris dan Hitam. Manakala, Nova 3i tampil dengan kelainan apabila memperkenalkan dua tona warna pada keluaran terbaharu mereka iaitu Putih, Ungu Iris, dan Hitam.
Huawei memulakan tren warna baru iaitu memberikan dua tona warna yang mana ia terhasil daripada beberapa lapisan gelas dipanel belakang telefon pintar.
Malah tidak salah jika dikatakan bahawa Huawei Nova 3 dan Huawei Nova 3i ini bukan merupakan hanya sekadar telefon pintar malah ia boleh dikategorikan sebagai perhiasan untuk setiap orang.
5) Kepuasan Paparan Skrin Maksima
Dari segi spesifikasi, Huawei Nova 3 dilengkapi skrin 6.3 inci IPS LCD FHD+ dan Huawei Nova 3i pula dilengkapi skrin 6.3″ IPS LCD FHD+ bertakuk untuk pengalaman menonton skrin lebih luas berbanding telefon pintar lain..


Huawei Nova 3 dan Huawei Nova 3i juga terdapat sokong kecerdasan buatan bagi merakam gambar yang lebih baik serta 3D Qmoji.

Fungsi Qmoji 3D dan kecerdasan buatan untuk merakam gambar disertakan pada Nova 3i.
Tidak ketinggalan ialah sistem GPU Turbo khusus untuk permua dan juga nyahkunci menggunakan wajah.
Huawei Nova 3 akan dilancarkan pada 11 Ogos ini pada harga RM 1899 dengan warna ungu Iris, merah dan hitam.
Manakala Huawei Nova 3i pula ditawarkan pada harga RM 1249 dengan pilihan warna ungu Iris, hitam, dan putih.
Sementara itu jangan lupa untuk temui Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Hafreez Mikhail dan Hael Husaini pada 11 Ogos ini di Huawei Pavilion Elite, Kuala Lumpur.
Jangan tunggu lagi dapatkan Huawei Nova 3i dan Huawei Nova 3 di pasaran sekarang di:
Huawei Nova 3i: https://shop.huawei.com/my/product/18060458796631.html#18060079083158
Huawei Nova 3: https://shop.huawei.com/my/product/18060692096351.html
Must-Watch Video