Tidak lama lagi drama sooka original series, Kau vs Aku bakal melabuhkan tirainya pada Jumaat ini.

Disebabkan itu juga ramai yang sudah tidak sabar menantikan bagaimana pengakhiran kisah percintaan Aulia dan Danish.

Selain itu, mereka juga memuji jalan cerita yang tidak bosan dan menimbul rasa ingin tahu setiap kali episod Kau vs Aku ditayangkan.

Rata-ratanya mengatakan Kau vs Aku adalah antara drama Melayu terbaik pernah ditonton setakat ini.


Tidak kira lelaki atau perempuan, ternyata Kau vs Aku berjaya menarik minat mereka untuk terus menonton.

Jadi apakah pengakhiran Aulia dan rakab-rakan, sama-sama kita nantikan Jumaat ini.

Kau vs Aku ini merupakan novel Watpadd Webtoon Studios karya Nurul Husnina Mockthar.

Lebih menarik lagi, karya Husnina atau lebih dikenali sebagai Shieyruna ini mencatatkan lebih 2 juta bacaan di platform tersebut.

Kau vs Aku ini juga mendapat kerjasama PUBG Mobile.

Bagi yang terlepas, saksikan Kau vs Aku di aplikasi sooka.my manakala episod baharu ditayangkan setiap Jumaat.