Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .
Firdaus
17/09/2024 01:55 MYT
17/09/2024 01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Tak Kejar Anugerah
Menurut Beto atau nama sebenarnya Nur Kusyairi Zakuan Osman,menyatakan dia tidak pernah mengejar mana-mana anugerah sama ada dalam industri hiburan tanah air mahupun antarabangsa.
“Kita kena sedar ruang kita, kita kena sedar diri kita. Di mana tanah kita pijak serta di mana langit kita junjung. Itu yang perlu difikirkan dahulu pada pandangan saya.
“Anugerah lokal pun saya tak pernah buru. Daripada dulu saya didik diri saya supaya tidak melakukan mana-mana kerja untuk mengejar pengiktirafan.
“Pengiktirafan kepada saya adalah apabila orang yang menonton lakonan saya terkesan dan memberi impak kepada kehidupan dia (penonton).
“Namun saya tidak menolak sekiranya anugerah diberikan kepada saya. Saya hargai, berterima kasih serta bersyukur. Saya tak akan kata anugerah itu tidak setanding dengan bakat saya, poyo gila kot,” katanya.
Perkara itu dibincangkan susulan seorang pelakon baharu yang sedang meningkat naik mengakui dirinya mengidamkan trofi Oscar dan menyifatkan pengiktirafan itu sebagai anugerah ‘sebenar’ dalam dunia lakonan.
Bercerita lebih lanjut, Beto ketika ditemui semasa majlis pelancaran dan sidang media filem Gayong yang berlangsung di Astana Putra, Serdang, bagaimanapun menghormati sasaran aktor tersebut namun menitipkan nasihat supaya sentiasa bersedia dengan cabaran yang bakal dihadapi jika mahu membina nama di luar negara.
“Kalau itu yang dia mahukan, saya hormat pandangan dia. Ada sesetengah pelakon yang tak pandang anugerah lokal dan lebih mengejar pengiktirafan daripada luar.
“Itu yang dia rasa jadi saya hormat sahaja. Tapi kalau nak kejar luar punya anugerah, pastikan sentiasa bersedia dengan cabaran.
“Persiapkan diri baik-baik dan jika dapat memenangi anugerah, kita semua sudah tentu akan rasa bangga,” jelasnya.

BERITA TRENDING: “Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen
BERITA TRENDING: Fazura, Beto Kusyairy Puji Usaha Sofyank & Khairul Aming Beri Kesedaran Tentang Palestin - “Well Done Boys”
BERITA TRENDING: Beto Kusyairy Cerita Detik Cemas Dihimpap Motosikal 400 Kilogram!
BERITA TRENDING: “Sepatutnya Saya Juga Ikut Konvoi Itu” - Zahiril Syukur Beto Kusyairy Dalam Keadaan Baik
Dalam perkembangan terkini, Beto Kusyairi bakal membintangi filem Gayong yang menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air dan antarabangsa antaranya ialah Nabila Huda, Syafie Naswip, Yayan Ruhian dan Chevanon Phukaokaew.
Filem Gayong dijangka bakal ditayangkan di pawagam pada Mei 2025.