Laman Utama

“Sepatutnya Saya Juga Ikut Konvoi Itu” - Zahiril Syukur Beto Kusyairy Dalam Keadaan Baik

gempak
Mya Amri
15/11/2023
04:44 MYT
Sponsor Banner
“Sepatutnya Saya Juga Ikut Konvoi Itu” - Zahiril Syukur Beto Kusyairy Dalam Keadaan Baik
Pelakon, Zahiril Adzim, 39, menyatakan rasa syukur apabila sahabat baiknya iaitu aktor Beto Kusyairy berada dalam keadaan baik selepas terlibat dalam kemalangan sekitar jam 5 petang Isnin.
Menurut Zahiril, Beto memaklumkan mengalami kecederaan tidak serius dan meminta orang ramai mendoakan peserta yang cedera parah dalam konvoi Solidariti Wings Motogang Society ke Masjid Negeri Ipoh itu.
“Saya sempat buat panggilan video bersama Beto. Alhamdulillah selepas melakukan pemeriksaan x-ray, semua okay.
“Cuma sama-sama kita doakan keadaan seorang lagi peserta yang mengalami cederaan dan perlu melalukan pembedahan.
“Kemalangan berlaku apabila ada kumpulan motor lain yang bertembung dengan kumpulan konvoi mereka,” katanya.
Zahiril ditemui Gempak semasa majlis tayangan perdana dan sidang media filem Budak Flat pada Selasa.
Dalam pada itu, Zahiril juga mendedahkan dia sepatutnya mengikuti dan terlibat dalam konvoi motosikal itu namun terpaksa membatalkan penyertaan kerana kekangan jadual kerja.
“Sebenarnya saya patut berada di sana (konvoi) sebab Beto ada ajak. Tapi kebetulan saya ada penggambaran.
“Saya memang nak sangat sertai apa-apa yang melibatkan Palestin. Situasi di sana sangat menyedihkan,” tambahnya.
PILIHAN PEMBACA: Berkonvoi Solidariti Wings, Beto Kusyairy Kemalangan
Terdahulu, Beto disahkan terlibat dalam kemalangan semasa konvoi membabitkan gabungan 11 kelab motosikal berkuasa tinggi ke Masjid Negeri Perak di Ipoh.
Konvoi berkenaan dilakukan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live