Ada ratusan program masakan yang telah diterbitkan dan mungkin kebanyakan daripadanya memiliki premis yang sama, iaitu seorang cef ditugaskan untuk memasak di depan kamera sambil berkongsi resepi dan tips supaya hidangan jadi lebih menarik.

Tapi, lain konsepnya dengan rancangan memasak terbaharu, Mana Satu? Dihoskan oleh penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein, rancangan ini bakal menguji suami selebriti sama ada mereka mengenali masakan isteri atau tidak.

Sang isteri perlu memasak satu menu makanan untuk suaminya, tetapi dalam masa yang sama, seorang selebriti jemputan juga akan turut memasak masakan yang serupa seperti tugasan yang diberikan oleh isteri.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Jadi, selepas hidangan telah siap dimasak, si suami perlulah meneka, mana satu masakan isterinya. Menarik bukan? Pastinya kita akan dapat menyaksikan pelbagai adegan menarik yang ditonjolkan oleh artis-artis undangan.

Sebanyak lapan pasangan selebriti bakal menunjukkan skill memasak, sudah pastinya setiap episod bakal memberikan nuansa berbeza khususnya kepada peminat.

Penonton Mana Satu? juga boleh mengambil kesempatan untuk mencuba setiap resipi yang dikongsikan dalam setiap episod.

Ingin tahu siapakah pasangan selebriti yang bakal beraksi dalam program masakan ini? Jangan lupa saksikan Mana Satu? bermula 7 Februari pada pukul 9.30 malam di Astro Ria.