,
Hiburan

Beyonce Cipta Sejarah, Raih Sembilan Pencalonan Di Grammy Awards

Rozaimi Zubaidi
08/12/2016
10:05 MYT
Penyanyi Beyonce berjaya mencipta sejarah apabila bergelar penyanyi wanita yang meraih sembilan pencalonan dalam Grammy Awards.
Beyonce dilihat telah berjaya dicalonkan dalam album, lagu dan rakaman terbaik dalam acara Grammy yang akan berlangsung di Los Angeles pada 12 Februari tahun depan.
Dia juga mendapat tiga pencalonan penghargaan tertinggi Grammuy iaitu untuk lagunya bertajuk 'Formation' dan album terbarunya berjudul 'Lemonade'.
Brilio.net melaporkan penyanyi R&B berusia 35 tahun ini telah dicalonkan sebanyak 62 kali dalam sejarah Grammy.
Dia juga pernah memenangi anugerah tersebut sebanyak 20 kali sepanjang kariernya selama 20 tahun melibatkan dirinya dalam industri nyanyian. Namun dia belum pernah memenangi anugerah untuk kategori album terbaik.
Beyonce juga menjadi artis pertama yang mendapatkan nominasi dalam kategori pop, rock, R&B dan rap sekaligus pada tahun yang sama.
Untuk kategori album terbaik, Beyonce akan bertanding bersama Adele, Justin Bieber, Drake dan bintang country Sturgill Simpson.
Jika Adele memenangi kategori ini, maka dia akan menjadi wanita kedua yang menerima Grammy album terbaik setelah Taylor Swift.
Selain Beyonce, Drake, Rihanna dan Kanye West masing-masing meraih 8 pencalonan.
Sepanjang kariernya, Kanye West telah 68 kali masuk pencalonan Grammy dengan memenangi 21 kemenangan.
Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ada Kata Saya Tak Boleh Pergi Jauh" - Yunadia Cipta Lagu Sendiri, Alicia Keys & Beyonce Jadi Inspirasi!

gempak
10/08/2024
15:55 MYT
Syazreen Yunadia (23) atau lebih mesra dipanggil sebagai Yunadia merupakan anak kelahiran Perak berkacukan melayu, cina dan india.
Laman Utama

Netizen Tuduh Beyonce Putihkan Kulit

gempak
30/11/2023
14:45 MYT
Beyonce baru melancarkan filem miliknya, Renaissane.
Laman Utama

Wanita Curi Duit Pembedahan Anak Teman Lelaki Sebab Nak Beli Tiket Konsert Beyonce

gempak
17/09/2023
13:50 MYT
Pulak dah?
Laman Utama

Kelly Rowland Menyesal ‘Pecah Lobang’ Jantina Anak Beyonce

gempak
16/07/2023
15:50 MYT
Kelly akui menyesal
Laman Utama

Nyaris Dedah Payudara Ketika Konsert Jelajah, Penari Latar Selamatkan Beyonce Daripada Tanggung Aib

gempak
25/06/2023
11:50 MYT
Nasib baik
BorakSeeni